Sudah menjadi kebiasaan buat pengguna jalan raya di Malaysia menghadapi jalan yang berlubang pada saban hari. Sehinggakan pembaikian hanya berlaku selepas terjadinya kemalangan terhadap individu berpangkat atau berpengaruh besar sahaja.
Pada 15 Februari lalu, tular tentang seorang influencer yang meluahkan kekecewaan selepas tayar keretanya pecah disebabkan terlanggar sebuah lubang besar sewaktu mahu melalui Plaza Tol Gombak.
Baca Juga:
- Dr Say Shazril Dedah Pendapatan ‘Influencer’ Boleh Cecah RM100,000 Sebulan
- Influencer Pertahan Tindakan Jemput Hot Daddy Ke Podcast
Please don’t take this as “Wah influencer kena baru korang nak viralkan” masalahnya, ini amat serious ya. Ada orang kata dia terlanggar pothole tu dan jatuh dari motor.
Sekarang I tak tau kat sini siapa punya tanggungjawab… Tengoklah terus koyak dan pecah my tayar. 😭 pic.twitter.com/hTTNQ2CHh8
— Ceddy (@CeddyOrNot) February 15, 2024
Beliau yang juga dikenali Ceddy telah memuat naik hantaran tersebut di media sosial yang mana menjadi perbualan hangat oleh netizen. Beliau menegaskan bahawa perkara ini sangat serius kerana membabitkan keselamatan sejagat pengguna jalan raya.

Dalam masa sehari sahaja, seorang individu berkongsi sebuah gambar yang memperlihatkan lubang tersebut sudah ditampal selepas tular kes itu.
Ceddy kemudian memberi repons dengan berkata “YES, YES, YESS !!!!!” selepas mengetahui masalah itu telah selesai.
Hi Ceddy, sorry for what happened. Upon inspection, this particular area is under the jurisdiction of @JKRGombak . We hope this helps.
— GMBK-KARAK-KTN-JABOR (@LPTTrafik) February 15, 2024
Susulan itu, pihak Lebuhraya Pantai Timur meluahkan rasa kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf ke atas apa yang berlaku kepadanya. Mereka juga berkongsi bahawa kawasan kejadian berada di bawah seliaan JKR daerah Gombak.
Menjengah ke ruangan ciapan, rata-rata netizen turut bergembira dengan tindakan pantas pembaikian jalan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) walaupun hanya terjadi kepada individu ‘tertentu’ sahaja.


Dalam masa sama, netizen juga memberi pujian kepada Ceddy kerana menggunakan pengaruhnya untuk kebaikan sejagat. Ada yang berseloroh minta beliau untuk memandu di pelbagai lokasi lain bagi ‘menyelesaikan isu jalan berlubang’.