Walaupun peperangan di Gaza-Israel sudah berlaku hampir mencecah setahun lamanya, masih ada segelintir individu yang masih tidak cakna atau keliru tentang apa yang berlaku di sana.

Di dalam usaha memberikan kesedaran terhadap masyarakat, seorang influencer tempatan dengan panggilan Ceddy tampil lebih menonjol selepas namanya telah disebut di dalam satu liputan media antarabangsa baru-baru ini.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @ajmubasher, portal berita antarabangsa iaitu Al Jazeera telah menyiarkan semula video penjelasan yang dibuat oleh influencer Malaysia iaitu CeddyOrNot tentang apa yang terjadi di Palestin.

Dalam video berkenaan, Ceddy telah menjelaskan tragedi kekejaman dengan ringkas apa yang berlaku terhadap masyarakat di Palestin dan mengapa perkara itu perlu mendapat perhatian masyarakat dunia.

Walau bagaimanapun, portal berita itu menulis di ruangan kapsyen bahawa Ceddy adalah rakyat Filipina, walhal dia sebenarnya adalah warga Malaysia.

Perkara ini turut diperjelaskan semula oleh influencer tersebut di ruangan komen ciapan tentang dirinya yang berasal dari Malaysia.

Difahamkan Al-Jazeera telah tersalah menyatakan Ceddy berasal dari Filipina lalu influencer itu membetulkan fakta itu di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia turut tumpang gembira dan memuji pencapaian Ceddy selepas videonya yang memberi ringkasan dan pemahaman tentang apa yang berlaku di Palestin tular di peringkat dunia.

Sumber Gambar: X
Sumber Gambar: X

Diharapkan lebih ramai influencer dan masyarakat boleh berkongsi dan menyebarkan maklumat berkaitan apa yang berlaku di Gaza dari semasa ke semasa.

 

Sumber