Infleuncer Nisa Ai atau Nesslow, terkejut dengan komen peminat taksubnya yang menganggap dia sebagai tuhan.

Trend yang semakin hilang arah, iaitu komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ di Tiktok telah memasuki fasa yang dianggap melampau oleh tuan badannya sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum ini Nisa sudah menegur pengikut tegarnya di TikTok agar tidak sewenang wenang spam komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ di post yang tidak sesuai. Misalnya berkaitan tragedi atau video agama.

‘Tak Boleh Lawan Nisa AI’ – Influencer Ini Jelaskan Isu Di Sebalik Trend Viral Di TikTok

Kerana semakin ramai meluat dan menegur mereka yang suka komen spam tersebut yang dianggap annoying.

Selepas banyak ‘spam’ dengan komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ kini muncul satu komen yang benar benar mengejutkan netizen dan Nisa sendiri. Di mana ada yang telah menggunakan komen ‘Tiada Tuhan selain Nisa Ai (Nisa Ai Akbar)’.

@nesslow_

Dunia khayalan dunia impian

♬ original sound – دانيا منيرة – dania

Ia menggambarkan bahawa influencer yang memulakan trend Nisa Ai itu sebagai tuhan mereka. Ia telah menarik perhatian ramai pihak. Ini termasuk tuan badannya yang meminta agar orang yang memberikan komen itu segera mengucap dan kembali semula ke pangkal jalan.

Nisa dalam komennya berkata: “Tak lawak ya kau nak mainkan agama. Allahuakbar, sumpah aku speechless (emoji menangis). Mengucaplah dik, tak lawak benda macam ni kau nak buat joke (lawak)!!!”

Nisa menambah: “Sumpah aku speechless, kalau kau beragama Islam, pulanglah ke pangkal jalan. Jika kau non muslim, aku pun tak tau nak cakap apa.”

“Aku tak pernah mengaku aku ni orang hebat atau tuhan ke apa.”

Seterusnya Nisa meminta ibu bapa mereka agar memantau anak anak mereka di media sosial. Dan dia menegaskan bahawa dia hanya boleh sekadar menolong menegur yang dia mampu agar generasi muda tidak terpesong akidahnya.

“Oleh itu, tolonglah kepada ibu bapa di luar sana, pantau la juga anak anak. Saya dan laksanakan tanggungjawab saya menegur, selebihnya, saya tak mampu nak buat apa apa.”

“Saya bukan duduk sebumbung dengan orang yang kurang cerdik macam ni. Please, saya merayu hentikanlah buat benda benda macam ni sebelum saya ambil tindakan.”

Nisa merupakan bakat pempengaruh yang berada dalam pasukan YouTuber terkemuka, Alief Irfan, pasukan mereka dikenali dengan nama AI. Dia menempa populariti di media sosial terutama sekali menerusi TikTok.