Polis Johor mengesahkan influencer permotoran – Ija – yang didakwa sudah meninggal dunia sebelum ini sebenarnya cuba memalsukan kematiannya.
Adik influencer tersebut juga menjadi rakan subahat untuk mereka reka cerita tentang kematiannya. Salah seorang rakannya akui malu dengan masyarakat setelah gambar dia tular cuba menyelamatkan rakannya dari dalam kereta yang tenggelam.
‘Sampai Tahap Ini Sekali Saya Dipermainkan’ – Rakan Ija Kecewa, Malu Keluar Rumah
Polis juga menegaskan bahawa influencer pemotoran tersebut sebenarnya melarikan diri ke Thailand. Difahamkan influencer tersebut pergi ke negara jiran itu untuk bernikah – menurut Kosmo Online.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Rfaiz Mukhliz Azman Aziz menegaskan bahawa polis mendapati ada keraguan terhadap laporan polis yang dibuat.
Lelaki tersebut didakwa hilang setelah keluar daripada rumahnya beberapa hari lalu. Keluarganya telah gagal menghubunginya.
Kemudian seramai kira kira 77 orang pegawai dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam misi mencari dan menyelamat.

Pempengaruh tersebut turut menenggelamkan kereta isterinya, membuatkan ramai yang mengkhuatiri dia sudah meninggal dunia kerana lemas di Sungai Muar.
Namun ternyata semua itu hanyalah lakonan dan drama semata mata.
Kedua dua suspek sudah diambil keterangan untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam – dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.