Kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025 buat kem negara membuka tirainya pagi ini dimana Malaysia berhadapan dengan Hong Kong bermula 9.30 pagi tadi.
Meskipun Malaysia beraksi jauh beribu batu, peminat setia badminton tanah air boleh menyaksikan perlawanan melibatkan skuad negara menerusi siaran langsung di Astro 815 dan TV Sarawak (TVS).
Baca Juga:
- Jadual Aksi Malaysia Lawan Hong Kong Dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025
- Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025
- Sorakan Peminat Badminton Malaysia Di Axiata Arena Paling Riuh
Untuk siaran Astro 815, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’ manakala di TVS pula anda boleh menyaksikan secara percuma dengan melayari laman sesawang rasmi TV Sarawak.
Link Siaran Langsung: Astro 815 & TV Sarawak
Untuk aksi menentang Hong Kong, gandingan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin diberikan tanggungjawab untuk beraksi menentang Tang Chun Man-Ng Tsz Yau pada aksi pertama dalam beregu campuran.
Kemudiannya, K. Letshanaa pula akan turun beraksi dalam perseorangan wanita dengan menentang Saloni Samirbhai Mehta.
Tugas berat menanti pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh yang akan membuat perhitungan dengan Lee Cheuk Yiu manakala gandingan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing pula berdepan Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam bagi acara beregu wanita.
Aksi terakhir menyaksikan pasangan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan bertemu Heung Kuei Chun-Lui Chun Wai.
Sejak pertandingan dwitahunan ini mula dipertandingkan pada 2017, Malaysia menamatkan kesemua saingan tersebut di peringkat suku akhir.
Dalam saingan yang berlangsung di Qingdao, China ini, Malaysia berada dalam satu kumpulan dengan Hong Kong dan Indonesia.