Kejohanan Badminton All England 2025 – Pusingan 32 [11 Mac 2025, bermula 6.00 Petang]

Walaupun beribu batu jauhnya Utilita Arena Birmingham, para peminat badminton tanah air boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan hari pertama All England yang bermula petang ini menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Baca Juga:

All England
Kredit Foto: Victor Malaysia

Link Siaran Langsung All England 2025

1) Sukan RTM (MyTV 111) & RTMKlik – Gelanggang 1

2) Astro Arena 801 & Sooka – Gelanggang 1

3) Youtube Rasmi BWF – Gelanggang 2, 3 dan 4

All England 2025
Kredit Foto: Yonex

Terdapat banyak pilihan buat sebahagian besar yang tidak berkesempatan untuk ke Birmingham bagi menyaksikan secara langsung di depan mata bersama ribuan peminat setia badminton dunia.

Yang pertamanya anda perlu melanggan pakej Astro atau Sooka untuk menonton aksi-aksi menarik bintang ternama dunia itu.

Jangan risau jika anda tidak melanggan saluran Astro kerana masih boleh menonton secara ‘Live Streaming’ di laman sesawang RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Selain itu, laman Youtube BWF TV turut menyiarkan siaran langsung tetapi perlu anda perlu menggunakan VPN untuk gelanggang 1.

Manakala, aksi di gelanggang 2, 3 dan 4 boleh disaksikan tanpa perlu menggunakan sebarang akses VPN.

All England
Kredit Foto: Victor Malaysia

Lapan daripada 14 wakil negara akan terlebih dahulu turun bermula petang ini dimana pilihan pertama kejohanan, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bakal menentang Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand pada 6.00 petang.

Pemain-pemain lain yang turut beraksi ialah Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Arif Junaidi-Yap Roy King, dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.