Persahabatan Antarabangsa – China U23 vs Malaysia U23 [26 Disember 2023, 2:00 PM, Stadium Jinshan, Shanghai]

Saksikan siaran langsung perlawanan persahabatan antara skuad China bawah 23 tahun menentang Malaysia bawah 23 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perlawanan ini disiarkan secara langsung di stesen TV China iaitu CCTV dan CCTV Sports APP namun para peminat dari Malaysia masih boleh menonton menerusi live streaming yang disediakan oleh Persatuan Bola Sepak China (CFA).

Link Siaran langsung: China FA (Weibo TV)

Siaran akan bermula pada pukul 2.00 petang melibatkan beberapa pemain hebat daripada kedua-dua pasukan ini.

Perlawanan ini adalah sebahagian daripada persiapan skuad bimbingan Juan Torres Garrido bagi menghadapi saingan Piala Asia B-23 di Qatar tahun depan.

Mereka berada dalam motivasi terbaik selepas berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas lawan sama pada aksi pertama, Sabtu lalu.

Sebagai rekod, aksi pertama menyaksikan tonggak pertahanan, Harith Haiqal Adam Afkar muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan selepas kedua-dua pasukan buntu mendapatkan jaringan sepanjang tempoh 90 minit.

Keputusan itu boleh dianggap petanda positif buat Garrido yang dilantik ke jawatan itu pada Oktober lalu.

Aksi menentang China adalah perlawanan persahabatan antarabangsa pertama dibawah kendalian Garrido bagi menguji taktikal menentang lawan lebih kuat.

Malah, ia juga medan untuk pemain membuktikan kemampuan serta memikat jurulatih Sepanyol tersebut supaya disenaraikan dalam skuad akhir Piala Asia B-23 nanti.