Seperti yang dilaporkan awal pagi tadi, skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki Malaysia mempamerkan aksi cemerlang untuk melangkah ke pentas final Piala Dunia Hoki 5s 2024 yang berlangsung di Muscat, Oman.

Barisan anak buah Wallace Tan itu menundukkan Poland 4-3 dalam aksi separuh akhir penuh mendebarkan bagi menempah pertemuan dengan Belanda pada kejohanan yang julung kali diadakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kemaraan ke final pastinya menarik minat jutaan rakyat Malaysia untuk menyaksikan pertemuan yang dijadualkan berlangsung pada jam 12.20 pagi esok (1 Februari).

Para peminat hoki tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.

Link Siaran Langsung 

1) Sukan RTM (111)
2) TV Okey (110)

Selain itu, perlawanan yang bakal menjanjikan aksi menarik ini dapat disaksikan secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Laman Youtube Oman Sports TV juga turut akan menyiarkan siaran langsung tersebut tetapi anda akan diperdengarkan dengan ulasan dalam bahasa Arab.

Skuad 5s negara memulakan saingan dengan keputusan seri 3-3 menentang tuan rumah, Oman dan kemudiannya menewaskan Amerika Syarikat 3-2.

Aksi terakhir bertemu Fiji menyaksikan skuad negara meraih kemenangan 8-3 untuk mara ke suku akhir selaku naib juara kumpulan D.

Di suku akhir, skuad yang diketuai Mohamad Akhimullah Anuar Esook itu menundukkan Trinidad and Tobago 5-4 dan awal pagi tadi mengenepikan cabaran Poland 4-3.

Akhimullah juga pada ketika ini cemerlang dengan 10 gol yang dihasilkannya untuk berada di kedudukan keempat dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan.

Berikut merupakan barisan pemain yang menggalas cabaran Malaysia di Piala Dunia Hoki 5s 2024:

Che Shahrul Azmi Che Saupi – Penjaga Gol
Mohammad Hairi Abd Rahman – Penjaga Gol
Mohd Kamarulzaman Kamaruddin – Pertahanan
Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran – Pertahanan
Muhammad Firdaus Omar – Pertahanan
Muhammad Arif Syafie Ishak – Pertahanan
Mohamad Akhimullah Anuar Esook – Serangan
Syarman Mat Tee – Serangan
Muhammad Noor Firdaus Rosdi – Serangan
Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee – Serangan