Acara badminton di Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi tumpuan apabila perseorangan lelaki negara, beregu lelaki negara serta beregu wanita beraksi di pusingan kalah mati hari ini.
Berdasarkan jadual, beregu wanita negara, Pearly Thin- Thinaah Muralitharan terlebih dahulu turun beraksi menentang pilihan pertama dari China, Qing Chen-Yi Fan pada pukul 2.30 petang (Waktu Malaysia)
#Olympics | QF & SF
Day 7️⃣
📺 RTM Klik#Paris2024 #Badminton#DemiMalaysia pic.twitter.com/M847L8Q5sk— BAM (@BA_Malaysia) August 1, 2024
Info siaran langsung Pearly Tan-Thinaah vs Qing Chen-Yi Fan (Separuh akhir)
Tarikh: 2 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang waktu Malaysia
Link siaran Langsung: Astro Arena, Sukan RTM dan TV Okey.
Info siaran langsung Aaron Chia-Soh Wooi Yik vs Wei Keng-WangC Chang (Separuh akhir)
Tarikh: 2 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa: 4.50 petang waktu Malaysia
Link siaran Langsung: Astro Arena, Sukan RTM dan TV Okey.
Info siaran langsung Lee Zii Jia vs Anders Antonsen (Suku akhir)
Tarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 1.30 pagi waktu Malaysia
Link siaran Langsung: Astro Arena, Sukan RTM dan TV Okey.
Para peminat sukan tanah air juga boleh menyaksikan siaran langsung aksi atlet Malaysia yang lain secara percuma menerusi saluran yang disiarkan oleh stesen TV tempatan.
RTM bawakan liputan Sukan Olimpik menerusi 6 saluran di RTM Klik. Ia juga boleh ditonton secara Live Streaming dimana sahaja anda berada.
Astro turut memiliki saluran khas Sukan Olimpik namun anda perlu memuat naik aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.