Skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia akan turun menentang Filipina pada petang ini dalam misi untuk memburu pingat gangsa  Sukan SEA 2025 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Ia merupakan peluang terbaik buat barisan pemain negara untuk menebus kehampaan gagal ke perlawanan akhir selepas tewas 0-1 di tangan tuan rumah, Thailand pada aksi separuh akhir tempoh hari.

Info Siaran Langsung Penentuan Pingat Gangsa Bola Sepak Sukan SEA 2025

Malaysia vs Filipina

Sepak mula: 4:30 petang, 18 Disember 2025 (Khamis)
Tempat: Stadium Rajamangala, Bangkok
Siaran Langsung: Astro Arena (801), TVS, & RTMKlik!

Anda mempunyai banyak pilihan untuk menonton perlawanan ini kerana seperti kebiasaan dalam Sukan SEA 2025, Astro Arena bukan merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang bakal menyiarkan siaran langsung aksi ini.

Malah berkemungkinan besar ia masih boleh ditonton di saluran TV Sarawak (TVS) dan TV  Okey.

Untuk menyaksikan di laptop, komputer dan telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go, Sooka dan melayari laman sesawang rasmi RTMKlik! untuk menyaksikan secara ‘Live Streaming’ di saluran TV Okey atau Sukan RTM serta laman sesawang dan salurah Youtube khas Sea Games TVS.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam temasya Sukan SEA adalah pada edisi 2017 di Shah Alam ketika tewas 0-1 dalam aksi final bertemu Thailand.

Selepas itu skuad negara beraksi dalam penentuan pingat gangsa edisi 2021 tetapi tewas menerusi sepakan penalti kepada Indonesia.