Misi memburu kejuaraan All England 2024 diteruskan petang ini dengan Malaysia mempunyai tiga wakil yang akan beraksi di peringkat suku akhir.
Kejohanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham itu bakal menyaksikan Lee Zii Jia bertemu Lakshya Sen dari India, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menentang Bagas Maulana-Muhammad Shohibul Fikri (Indonesia) dan Pearly Tan-M. Thinaah membuat perhitungan dengan wakil Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto.
Baca Juga:
- Jadual Perlawanan Suku Akhir Pemain Malaysia Di All England 2024
- All England 2024: Pearly-Thinaah Singkirkan Beregu Nombor Satu Dunia
- All England 2024: Lee Zii Jia Kekalkan Momentum Cemerlang, Mara Ke Suku Akhir
Seperti dilaporkan pada artikel sebelum ini mengikut ‘Order of Play’ yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Pearly-Thinaah akan beraksi seawal jam 6.00 petang ini.
Manakala, Lee Zii Jia hanya akan beraksi pada 1.50 pagi esok dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula jam 4.20 pagi sekiranya perlawanan-perlawanan sebelum itu berakhir mengikut jangkaan.
Kesemua perlawanan melibatkan wakil Malaysia dalamĀ suku akhir All England 2024 itu anda boleh saksikan siaran langsung menerusi saluran yang disediakan di bawah.
1) Pearly Tan-M.Thinaah lawan Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto – Gelanggang 2 (6.00 petang)
Siaran berbayar – Astro Arena 802, Astro Supersports 811
Siaran percuma – Sukan RTM dan Youtube BWF TV (pilih gelanggang 2 tetapi perlu menggunakan VPN).
2) Lee Zii Jia lawan Lakshya Sen – Gelanggang 2 (1.50 pagi)
Siaran berbayar – Astro Arena 802, Astro Supersports 811
Siaran percuma – Sukan RTM dan Youtube BWF TV (pilih gelanggang 2 tetapi perlu menggunakan VPN).
3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik lawan Bagas Maulana-Muhammad Shohibul Fikri – Gelanggang 1 (4.20 pagi)
Siaran berbayar – Astro Arena 801, Astro Supersports 814
Siaran percuma – TV Okey dan Youtube BWF TV (pilih gelanggang 1 tetapi perlu menggunakan VPN).