Aduh! Siapa yang tidak susah hati bila kenderaan ‘buat hal’ atau kemalangan ketika kita dalam perjalanan ke destinasi yang dituju. Lebih-lebih lagi bila tiada teman atau keluarga terdekat yang dapat bantu kita semasa kemalangan terjadi.

Apabila keadaan tidak dijangka ini berlaku, anda tidak boleh panik dan harus hadapinya dengan tenang. Ini beberapa perkara yang anda perlu buat sebelum bantuan tiba.

1. Nyalakan Lampu kecemasan dan letak segitiga pantul cahaya

Lampu bahaya atau hazard lights boleh berfungsi sebagai amaran pertama kepada pemandu lain untuk memberitahu mereka kenderaan anda sedang menghadapi masalah. Butang lampu hazard ini ada di semua kenderaan dan inilah masa untuk menggunakannya.

Buka but kereta dan cari segitiga amaran. Letak pada jarak 20-30 meter dari jarak kereta anda, ataupun bersamaan jarak 5 buah kereta. Ini ialah langkah awal mencegah kereta anda daripada dirempuh dari belakang.

2. Berhenti di lokasi selamat

Setelah anda mengesan sesuatu yang tidak kena pada kereta anda, perkara pertama yang perlu diberi keutamaan ialah keselamatan anda serta penumpang. Segera hentikan kereta anda di bahu jalan dengan selamat atau kawasan yang mudah dilihat (tidak terlindung).

Begitu juga jika anda terlibat dalam kemalangan. Sekiranya kereta itu masih boleh dipandu, selepas mengambil gambar kemalangan tersebut (sekiranya anda ada kamera dashcam lebih baik supaya anda tidak perlu keluar dari kereta), alih kereta anda secepat mungkin.

3. Kenal pasti masalah dan kerosakan

Setelah kereta anda berhenti di lokasi yang selamat atau berada dalam jarak yang selamat dari jalan raya, lakukan penilaian masalah atau punca kerosakan kereta anda.

Masalah biasa adalah overheating dan ia boleh diselesaikan dengan menambah air di radiator. Mungkin juga adalah masalah wayar yang loose dan anda boleh menyambungnya semula.

4. Pastikan aplikasi MySOMPO ada dalam telefon pintar anda

Bila sudah diperiksa dan tiada tanda-tanda kereta anda akan elok semula, solusinya adalah dengan mencari bantuan daripada pihak yang boleh dipercayai. Urusan anda akan jadi mudah bila adanya aplikasi MySOMPO dalam peranti telefon pintar anda. Anda pasti tertanya-tanya apa aplikasi MySOMPO ini sebenarnya?

MySOMPO adalah aplikasi telefon pintar yang menawarkan bantuan kecemasan 24 jam atau khidmat trak tunda (towing) sekiranya anda tersadai di tepi jalan. Dengan adanya keupayaan GPS pada aplikasi ini, bantuan akan tiba dengan lebih tepat ke lokasi anda dengan real-time status update. Jadi anda akan lebih tenang bila boleh tahu bila bantuan akan tiba ke lokasi anda.

Grafiik bagaimana MySOMPO bertindak selepas terima ‘request’ bantuan daripada anda

MySOMPO menawarkan akses bantuan towing secara 24 jam, live update bila bantuan tiba ke lokasi anda, akses kepada senarai workshop panel, penghantaran claim insurans secara dalam talian dan kemudahan untuk semak status claim anda. Anda tidak perlu serabut kerana semuanya ada dalam satu aplikasi MySOMPO.

Pada tahun 2023 di mana setiap individu boleh dikatakan mempunyai telefon pintar, amat penting untuk anda memuat turun satu aplikasi yang reliable jika berlaku kecemasan. Dengan adanya aplikasi seperti MySOMPO dalam peranti anda, anda dapat mengelak daripada kena ‘ketuk’ dengan trak tunda haram.

Sudah terjadi banyak kes sebelum ini di mana pengguna jalan raya yang rasa tertipu dengan servis trak tunda haram ini. Mana tidaknya, sudahlah caj tundanya mahal, dibawanya pula ke bengkel yang anda tidak kenal. Di sini mereka akan cuba kenakan anda lagi dengan menyatakan kerosakan yang bukan-bukan untuk kaut keuntungan. Sudahnya kita tersepit malah lagi ibarat jatuh dtimpa tangga. Jadi, kita mesti menjadi pengguna yang bijak dan tidak tertipu dengan tow truck scam.

Bukan itu sahaja, kereta anda rosak akibat kemalangan, MySOMPO boleh bantu anda untuk hantar claim, semak status claim anda dan mencari bengkel panel terdekat semuanya secara online sahaja.

Buat pemegang polisi insurans bersama Berjaya Sompo, muat turun segera aplikasi MySOMPO ini di peranti Apple atau Android anda. Dengan Ramadan dan Hari Raya akan menyusul tidak lama lagi, anda dapat pulang ke kampung halaman dengan lebih ceria dan worry free bila ada MySOMPO dalam peranti anda. Jom!

P/S: Sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut tentang aplikasi MySOMPO atau polisi insurans Berjaya Sompo, anda boleh buat panggilan ke pusat khidmat pelanggan di 1 800 88 9933 atau layari laman web rasmi Berjaya Sompo di sini.