Setiap kali menjelang Aidilfitri, suasana memang meriah. Dari baju raya sedondon, kuih berbalang-balang, sehinggalah duit raya untuk anak buah, semuanya nampak ‘wajib’.
Tapi kalau tak dirancang betul-betul, bulan selepas Syawal boleh jadi agak mencabar.
Supaya raya kekal seronok tanpa tekanan kewangan, ini 5 cara bijak yang anda boleh praktikkan.
1. Tetapkan bajet & disiplin ketika berbelanja

Langkah pertama paling penting. Tetapkan bajet keseluruhan raya dan pecahkan mengikut kategori seperti pakaian, duit raya, juadah serta kuih, dekorasi rumah dan juga kos balik kampung.
Apabila setiap kategori sudah ditetapkan had tertentu, anda lebih mudah mengawal perbelanjaan dan membuat keputusan dengan lebih rasional.
Elakkan mentaliti ‘sekali setahun saja’ kerana sikap inilah yang selalunya membuatkan bajet lari jauh tanpa anda sedari.
2. Guna platform digital untuk kawal perbelanjaan & dapat ganjaran raya

Raya zaman sekarang lebih mudah dengan transaksi digital. Anda bukan sahaja boleh semak perbelanjaan secara real time, malah berpeluang menikmati ganjaran tambahan.
Bagi yang belum menjadi pelanggan AmBank/AmBank Islamic, pembukaan Akaun Simpanan/-i atau Semasa/-i melalui Aplikasi AmOnline boleh memberi sehingga RM68 Cashback sebagai ganjaran alu-aluan.
Jika anda lebih gemar fleksibiliti kredit, permohonan kad kredit turut hadir dengan ganjaran sambutan tersendiri.
Lebih menarik, pelanggan baharu juga boleh membuka Akaun Simpanan-i AmWafeeq dan berpeluang memenangi hadiah mewah seperti sebuah kediaman mewah, BMW 2 Series dan pelbagai lagi hadiah menarik.

Sambil menyimpan, ada peluang untuk menang hadiah raya yang premium.
3. Jadikan setiap transaksi lebih rewarding

Kalau memang perlu berbelanja, pastikan anda mendapat pulangan semula.
Pelanggan sedia ada AmBank/AmBank Islamic pula boleh menikmati ganjaran tambahan sepanjang musim perayaan.
Dengan transaksi melalui AmOnline, anda berpeluang memenangi hadiah sehingga RM10,000 dalam bentuk baucar dan Cashback, termasuk baucar membeli-belah daripada Habib, Switch dan Shopee.

Selain itu, pemegang Kad AmBank/-i juga boleh menikmati pelbagai diskaun makanan di restoran terpilih sepanjang kempen raya.
Jadi anda masih boleh raikan momen bersama keluarga tanpa rasa terlalu terbeban dengan perbelanjaan.
4. Tambah duit raya dengan sistem rujukan

Nak tambah bajet duit raya tanpa tambah tekanan kewangan? Gunakan program rujukan.
Ajak keluarga atau rakan yang belum mempunyai akaun/-i untuk membuka akaun melalui AmOnline menggunakan kod rujukan anda.
Setiap rujukan berjaya membolehkan anda menikmati sehingga RM50 Cashback. Cara mudah untuk tambah simpanan sambil berkongsi manfaat bersama orang tersayang.
5. Semak semua ganjaran raya dalam satu platform

Daripada mencari promosi di merata tempat, lebih mudah jika semua ganjaran dikumpulkan di satu platform.
Untuk kempen RB Raya 2026, anda boleh semak pelbagai tawaran pelanggan baharu dan sedia ada di sini.

Dari ganjaran Cashback, hadiah mewah, sehinggalah promosi transaksi dan rujukan, semuanya direka untuk menjadikan sambutan raya lebih bermakna dan lebih rewarding.
Raya tentang kegembiraan, bukan tekanan
Urus bajet raya bukan bermaksud anda perlu berbelanja secara minimum.
Ia tentang membuat pilihan yang lebih bijak dan memastikan setiap perbelanjaan memberi nilai tambah.
Dengan perancangan awal, penggunaan platform digital dan peluang ganjaran yang tersedia, anda boleh sambut Aidilfitri dengan lebih tenang tanpa rasa ‘sakit’ selepas Syawal.