Teknologi Artificial intelligence (AI) bukan sesuatu yang baharu dan ia semakin diterima dalam kehidupan seharian.

Buat pertama kalinya Samsung memperkenalkan Galaxy AI yang akan memudahkan lagi urusan harian anda bagi peranti Galaxy S24 Series!

Revolusi Samsung dengan Galaxy 24 Series

Pelancaran model Galaxy 24 Series ini menyaksikan visi Samsung untuk tidak ketinggalan dalam dunia AI. Kecerdasan Galaxy AI ini dilihat dapat memberi pengalaman baharu yang unik buat para pengguna. Ini apa yang Galaxy AI boleh lakukan yang akan buat hidup anda jadi lebik epik berbanding sebelum ini!

1. Call Assist


Tanpa sebarang bantuan aplikasi pihak ketiga, terjemahan perbualan dapat dibuat secara langsung dalam beberapa bahasa yang berbeza!

Ia merupakan satu ciri yang hebat kerana ia dapat menyelesaikan masalah komunikasi terutamanya jika anda terima panggilan daripada seseorang yang mungkin tidak begitu fasih berbicara dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Tidaklah anda ibarat ayam bercakap seperti itik nanti.

2. Writing Assist

Tidak terhenti dengan terjemahan bahasa ketika menerima panggilan, teknologi AI yang ada pada Samsung Galaxy S24 Series juga mampu membuat terjemahan pelbagai mesej atau teks tanpa menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Pengguna juga boleh pilih gaya bahasa dan penulisan mengikut situasi; hendak santai boleh, hendak formal pun boleh. Ciri ini juga boleh bantu pengguna merangka ayat dengan sempurna (untuk e-mel contohnya) dengan hanya menulis beberapa keyword terlebih dahulu. Hebat!

3. Note Assist


Buat anda yang suka menulis pada peranti, ciri Note Assist yang ada pada Samsung Galaxy S24 Series ini bukan sahaja dapat mengesan tetapi menyusun tulisan tangan anda walaupun ditulis secara ‘cakar ayam’ supaya mudah untuk anda membacanya di kemudian hari.

Ia juga mampu menyusun nota tersebut dalam pelbagai format dan boleh dikongsikan kepada sesiapa yang anda mahu dengan kadar segera.

Tidak cukup dengan itu, ia juga mampu untuk membuat rangkuman maklumat penting daripada nota anda, menyusunnya mengikut kategori dan mencadangkan ejaan yang betul untuk perkataan yang tersalah eja.

4. Photo Assist


Segala gambar yang anda rakam akan jadi lebih cantik selepas ini! Ciri Photo Assist Samsung Galaxy S24 Series membenarkan anda mengubah angle (arah) gambar tersebut dan menghasilkan imej baharu bagi mengisi ruang background yang ‘kosong’.

Anda juga boleh menyunting gambar secara terus sama ada untuk besarkan atau kecilkan imej orang atau objek. Ia juga boleh memberi cadangan untuk meningkatkan mutu gambar yang anda rakam. Sebagai contoh membuang bayang, pantulan cahaya, membuang objek yang tidak diingini dan banyak lagi. Hebat!

5. Circle To Search With Google

Jika anda ingin buat carian tentang sesuatu, anda hanya perlu bulatkan objek atau topik tersebut kemudian teknologi AI akan mencarinya dengan pantas.

Pre-Order sekarang dan dapatkan semua tawaran hebat ini!

Tempahan awal Samsung Galaxy S24 Series boleh dibuat bermula 18 Januari hingga 6 Februari 2024.

Apa yang akan anda dapat jika buat tempahan awal? Jika anda menempah dari 18 Januari – 6 Februari 2024, pengguna akan dapat peningkatan storan berganda bernilai RM500, e-baucar bernilai RM500, rebat tukaran sehingga RM650, diskaun sehingga RM800 sekiranya anda buat purchase with purchase sebarang produk gear atau tablet Samsung dan diskaun sehingga 45% untuk aksesori dan Samsung Care+.

Dengan kemampuan hebat AI pada Samsung Galaxy S24, memang berbaloi jika beli secara pre-order. Untuk info lebih lanjut, lawati laman sesawang Samsung Malaysia di sini sekarang.