Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan berlangsung di Riyadh pada Sabtu lalu bagi membincangkan isu yang sedang melanda Semenanjung Gaza dan wilayah Palestin. Menurut laporan media antarabangsa, difahamkan bahawa sidang kali ini dihadiri oleh pemimpin dan wakil Liga Arab serta negara-negara anggota OIC.

Tragedi yang menimpa Gaza dan wilayah Palestin kini digambarkan sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku sehingga ia memerlukan campur tangan negara-negara Arab dan Islam bagi membendung kesannya. Namun, sasaran akhir sidang kemuncak ini tidak juga berjaya dicapai apabila ada segelintir negara arab menolak mentah usul-usul yang dibawa.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi laporan TV Pertiwi, difahamkan bahawa Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Maghribi telah menolak 5 usul yang dibentangkan pada sidang kemuncak tersebut.

Antara 5 usul tersebut adalah, mencegah penggunaan pangkalan ketenteran Amerika Syarikat dan negara-negara Arab lain untuk masuk ke negara haram Israel. Kedua, membekukan hubungan diplomatk dengan Israel.

Ketiga, mengancam untuk menggunakan kuasa ekonomi Arab bagi memberi tekanan agar Israel menghentikan keganasan. Keempat, mencegah syarikat penerbangan awam Israel melintasi ruang udara negara-negara Arab dan yang terakhir adalah membentuk Jawatankuasa Menteri Arab yang akan segera pergi ke New York dan Washington (Amerika Syarikat), Brussels (Belgium), Geneva (Switzerland), London (England), dan Paris (Perancis) untuk menyampaikan permintaan Pertemuan Liga Arab agar menghentikan keganasan Israel terhadap Gaza.

Tidak pasti mengapa 5 usul penting ini ditolak. Tetapi melihat kepada tahun-tahun kebelakang, kebanyakan negara Arab sudah lama ‘menghalalkan’ tanah haram Israel dengan yang terbaharu dikatakan bahawa Arab Saudi bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan Israel.

Situasi ini sudah pasti mengecewakan banyak pihak terutamanya rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia. Sidang kemuncak yang diadakan di Riyadh ini seolah-olah tidak membantu dan sekadar dibuat untuk melepaskan batuk di tangga.

 

Sumber