Dekatnya kedatangan bulan suci Ramadan menandakan persiapan umat Islam di seluruh dunia dalam menyambut bulan penuh berkah ini.

Namun, di tengah semangat beribadah, ada peringatan yang patut diperhatikan berkait dengan sumber kurma yang menjadi makanan utama selama bulan Ramadan.

Baca Juga:

Kurma, buah yang kerap dikaitkan dengan Ramadan, menjadi  pilihan utama dalam juadah berbuka dan sahur. Namun tidak ramai yang menyadari bahwa Israel adalah salah satu eskport buah tamar terbesar di dunia.

Peringatan ini muncul di tengah-tengah berlangsungnya konflik di Palestin, di mana Israel telah membunuh ribuan rakyat Gaza yang tidak bersalah.

Gerakan terus menerus memboikot produk-produk yang berasal atau menyokong Israel adalah sangat penting. Ini ditambah lagi apabila Israel telah mengeluarkan arahan untuk menghadkan rakyat Palestin menggunakan Masjdi Al-Aqsa.

Palestine Campaign, melalui laporan yang dikeluarkan pada Isnin lalu menekankan pentingnya kesedaran dalam memilih kurma yang dibeli selama Ramadan.

Beberapa syarikat pengeksport kurma dari Israel, antara lain, Hadiclaim, Mehadrin, Agrexco, Arava, Edom, dan MTex adalah antara jenama keluaran Zionis yang wajib dihindari.

Israel memiliki telaga pasaran global kurma yang besar selepas Arab Saudi. Menurut laporan Statista, Israel menduduki peringkat kedua dengan nilai eksport kurma terbesar di dunia, mencapai lebih dari $317 juta.

Untuk memastikan kurma yang dibeli tidak berasal dari Israel, Palestine Campaign memberikan empat langkah yang dapat diambil oleh umat Islam di seluruh dunia.

Antaranya adalah periksa label saat membeli kurma untuk memastikan ia tidak dibungkus di Israel atau di wilayah Tebing Barat serta periksa label karena sebagian besar ditanam di Israel atau wilayah terlarang Israel di tanah Palestin.