Sedar tak sedar, dah lebih setahun kita hidup dalam norma baharu. Bukan hanya gaya hidup, malah macam-macam perkara yang dah berubah semenjak dunia dilanda wabak COVID-19. Bilalah agaknya semua ini akan berakhir kan?
Tetapi apa-apa pun, satu hari nanti mesti kita akan kenang semula peristiwa ini dan ceritakan pada anak cucu. Jom kita lihat antara perkara-perkara norma baharu yang berlaku sepanjang tahun 2020. Anda mesti boleh relate kan?
1. Jangan lupa scan MySejahtera
Sebelum ini, nak pergi mana-mana kedai ataupun restoran, kita bebas keluar masuk. Tapi sejak norma baharu ini, siapa tidak scan My Sejahtera boleh didenda ya! Awal-awal memang semua orang tak biasa dan asyik lupa tetapi lama kelamaan, dah jadi macam satu kewajipan dah.
2. Sila beratur dan jaga jarak
Sebelum ini, cukup susah untuk lihat rakyat Malaysia beratur. Tambah-tambah kalau tengah tunggu tren ataupun ketika buat bayaran di kaunter. Siap ada yang potong barisan! Tetapi sejak SOP (Standard Operating Procedures) dijalankan, di mana-mana pun semua orang dah patuh dan beratur dengan jarak 2 meter.
3. Jaga kebersihan diri lebih ekstra
Ramai yang menyedari akan pentingnya menjaga kebersihan tetapi kita tak sangka yang ia akan menjadi perkara yang paling penting untuk hindarkan diri daripada jangkitan COVID-19. Dari malas basuh tangan, sekarang ini kalau boleh setiap minit mahu cuci tangan.
Kalau dulu, memang jarang sangat nampak orang pakai mask kecuali bila jerebu ataupun selsema. Tetapi dalam norma baharu ni, mask dan hand sanitizer sudah jadi satu keperluan, sehingga orang sanggup beratur panjang di farmasi. Sampai habis semua stok dibuatnya.
4. Bekerja dan belajar dari rumah
Bukan hanya sekolah yang ditutup, tetapi kebanyakan sektor pekerjaan juga tak dibenarkan beroperasi dan ramai daripada kita yang kena bekerja dari rumah. Bayangkan kena bekerja dan dalam waktu yang sama kena pantau persekolahan anak-anak secara online. Memang mencabar.
5. Semua orang jadi chef!
Ingat tak masa Perintah Kawalan Pergerakan pertama kali dijalankan, tiap-tiap hari media sosial dibanjiri dengan segala gambar masakan. Boleh kata semua resepi anda nak cuba; daripada lauk pauk, kek, biskut sehinggalah ke pencuci mulut. Punyalah bosan duduk di rumah sampaikan yang tak reti masak pun dah jadi master chef.
6. Order makanan online
Memandangkan kita semua tak dibenarkan untuk makan di kedai, nak masak pula dah jemu dengan air tangan sendiri dan kadang-kadang tak sempat. Jadi, memang servis penghantaran makananlah yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Sudahlah mudah, tak perlu beratur panjang-panjang di kedai dan ada macam-macam pilihan pula tu. Pilihan kami, sudah tentulah foodpanda!
Selain penghantaran makanan, anda juga boleh beli barang dapur dan keperluan harian di foodpanda.
Kalau anda nak tahu, foodpanda kini turut menyediakan perkhidmatan lain seperti Pick-Up, Shops dan pandamart!
Buat anda yang tak sempat hendak keluar dan malas nak beratur panjang untuk beli keperluan harian, tak payah risau. Anda shopping sahaja online melalui pandamart dan abang-abang rider akan beli kemudian hantarkan pesanan anda terus ke depan pintu rumah. Mudah kan?
Bukan hanya barang dapur, anda juga beli barang keperluan harian seperti barangan penjagaan diri, barang kosmetik, gajet, ubat-ubatan, kanta lekap dan macam-macam lagi di kedai-kedai pilihan melalui pandamart shops. Nak hantar bunga kepada yang tersayang pun boleh. Semuanya foodpanda akan setelkan. Cool!
Selain itu, kalau anda nak order makanan tanpa tunggu lama, anda juga boleh pesan makanan di foodpanda Pick-Up dan ambil makanan tersebut di restoran-restoran yang terpilih tanpa perlu beratur. Yang seronoknya dengan foodpanda Pick-Up ni, anda tak akan dikenakan bayaran penghantaran atau nilai pesan minimum. Yeah!
Oh ya, anda juga berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 20% apabila anda pesan dengan foodpanda Pick-Up tahu!
Tempoh diskaun: 1 Januari – 31 Disember 2021
Jangan lupa gunakan kod promo JOY33 bila nak pesan makanan di foodpanda nanti. Anda akan dapat diskaun 33% untuk semua restoran. Yeay! Kod ini valid sampai 30 April 2021 depan!
foodpanda bawakan rancangan realiti terbaru, Famili Duo!
Lebih menarik, bermula 14 Februari 2021, satu rancangan terbaru iaitu Famili Duo akan bersiaran setiap hari Ahad, pada jam 9 malam di TV3.
Famili Duo merupakan sebuah pertandingan realiti nyanyian famili berbahasa Melayu yang pertama kali diadakan di Malaysia dan seramai 40 pasangan peserta terdiri daripada selebriti popular dan ahli keluarga mereka bakal beradu suara serta menunjuk bakat nyanyian masing-masing.
Rancangan yang dihoskan oleh Uyaina Arshad ini juga akan menampilkan Didie Alias serta Mark Adam sebagai barisan juri tetap.
Istimewanya, foodpanda merupakan penaja utama rancangan ni! foodpanda, keriangan melalui pesanan dalam setiap episod!
Jadi, jangan lupa untuk saksikan Famili Duo di TV3 serta pesanlah di foodpanda sekarang!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web foodpanda.
Ini artikel lain berkaitan foodpanda untuk anda. Baca lagi pada pautan di bawah.
foodpanda Lancar pandamart, Barangan Keperluan Dihantar Dalam Masa 20 Minit
Rider Dan Orang Ramai Kumpul Duit Hadiahkan Basikal Buat ‘foodpanda Walker’ Di Kulim