Kelab diwakili Lionel Messi, Inter Miami akan beraksi menentang Sporting Kansas City pada 19 Februari nanti dalam saingan CONCACAF Champions League.

Difahamkan, perlawanan yang bakal berlangsung di Children’s Mercy Park itu akan diteruskan walaupun suhu pada ketika ini begitu rendah sehingga -15 darjah celcius.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Melihatkan kepada perkembangan terkini mengenai cuaca tersebut, Messi dikatakan tidak berminat untuk turun beraksi pada perlawanan itu.

Perkembangan terkini tersebut telah disahkan oleh wartawan yang juga merupakan hos bersama dalam podcast Inter Miami iaitu Franco Panizo.

“Sumber telah memberitahu saya bahawa Lionel Messi tidak mahu bermain dalam keadaan sejuk pada hari Selasa menentang Sporting Kansas City.”

“Sama ada dia melakukannya atau tidak masih belum ditentukan, tetapi ada kemungkinan Messi tidak bermain dalam pembukaan CONCACAF Champions League,” ujar Panizo bercakap dalam podcast tersebut.

Sekiranya benar Lionel Messi tidak beraksi pada perlawanan itu, ia bakal menjadi tamparan hebat buat Inter Miami apabila beliau menikmati musim yang cemerlang.

Pemain berusia 37 tahun itu meledakkan 21 gol dan mencipta 11 bantuan jaringan dalam kempen Major League Soccer (MLS).

Luis Suarez yang kini turut bersama Inter Miami juga sebelum ini pernah mendedahkan bahawa legenda hidup Argentina itu memang tidak begitu gemar bermain dalam keadaan sejuk melampau.

“Kami bercakap setiap hari, kami sentiasa cuba mengelak jangkaan kerana kami adalah pemain dan kami tahu bagaimana kami harus bertindak pada saat-saat itu, kami bercakap tentang permainan, tentang keluarga.

“Dia memberitahu saya bahawa dia sangat menderita bermain dalam kesejukan dan salji. Anda pasti perlu membiasakan diri dengan kesejukan di sana.”