Seorang lelaki di China menjadi orang pertama yang dijangkiti selesema burung H10N3, lapor Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NHC) dalam satu kenyataan kepada umum semalam.
Virus selesema burung H10N3 biasanya menyebabkan penyakit ringan pada burung, dan tidak pernah merekodkan kes jangkitan pada manusia, kata kenyataan di laman sesawang NHC, seperti yang diterjemahkan oleh Reuters.
Bagaimanapun pada 23 April, seorang lelaki berusia 41 tahun di bandar Zhenjiang mengalami demam yang berpanjangan selama beberapa hari, dan pada 28 April, dia pergi ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan disebabkan demamnya tidak kebah.
Pada 28 Mei, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CCDC) melakukan analisis genetik pada spesimen dari lelaki yang dilaporkan demam terbabit. Melalui laporan yang dikeluarkan oleh CCDC, lelaki itu disahkan telah dijangkiti H10N3.
CCDC kemudian memantau provinsi Jiangsu dan kawasan sekitarnya dengan tujuan untuk mengetahui adakah wujud kes jangkitan tambahan dan dalam masa yang sama mencari kontak rapat lelaki tersebut. Melalui pemerhatian CCDC , mereka tidak menemui kes tambahan dan lelaki tadi juga kini telah stabil dan sudah dibenarkan untuk keluar dari hospital.
Apa itu H10N3?
H10N3 adalah jenis virus patogen rendah, atau agak ringan, pada risiko burung dan risiko penyebaran skala besar sangat rendah. “Strain H10N3 bukanlah virus yang sangat umum,” kata Filip Claes, koordinator makmal serantau untuk Pusat Kecemasan Penyakit Haiwan Transboundary Organisasi Makanan dan Pertanian di Pejabat Regional untuk Asia dan Pasifik.
Sejak akhir 1970-an hingga 2018, saintis mengasingkan kira-kira 160 sampel strain virus dari haiwan yang dijangkiti, kebanyakannya dari burung liar dan unggas air, dan strain tersebut tidak dapat dikesan pada ayam, katanya.
“Setakat ini belum ada yang dapat dikesan pada ayam,” Tambah Claes. Kini analisis data genetik virus perlu dilakukan untuk menentukan apakah ia menyerupai virus yang lebih tua atau adakah itu adalah campuran baru virus yang berbeza.
Banyak wabak jenis selesema burung yang terdapat di China dan ada yang menjangkiti orang secara sporadis atau jarang-jarang dan biasanya ia akan menjangkiti mereka yang bekerja dengan burung.
CCDC tidak menyatakan bagaimana atau bila lelaki itu dijangkiti dengan wabak dari burung tersebut. Tetapi berdasarkan penilaian CCDC setakat ini, risiko wabak itu untuk merebak secara besar-besaran adalah rendah, kata agensi itu.
Ketika wabak selesema burung merebak dari burung ke manusia, ia biasanya tidak akan merebak di antara manusia, dan jika terjadi, penularannya bersifat biasa “terhad, tidak efisien dan tidak bertahan,” menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S.
Bagaimanapun, dalam kes yang jarang berlaku, selesema burung mempunyai kemampuan untuk menyebarkan wabak yang besar di kalangan manusia. Oleh itu pemerhatian lebih perlu diberikan untuk kes jangkitan baru demi kepentingan masyrakat umum kata CDC.
Untuk rekod, selesema burung terakhir yang menyebabkan wabak dan memberi kesan kepada manusia adalah H7N9, yang membunuh lebih dari 300 orang pada tahun 2016 dan 2017. Dan pada tahun 1957, virus H2N2 selesema burung bertukar gen dengan virus selesema manusia dan mencetuskan wabak penyakit.
Malaysia antara 19 negara yang berpotensi ‘hancur’ akibat wabak COVID-19, lapor data antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa