Zinedine Zidane secara rasmi telah mengumumkan barisan staf kejurulatihan yang akan membantunya di skuad kebangsaan Perancis.

Legenda Les Blues itu bakal menggalas tanggungjawab baharu dalam kariernya selepas menggantikan Didier Deschamps sebagai pengurus pasukan kebangsaan Perancis.

Barisan Yang Bakal Membantu Zidane

Menurut sumber laporan Goal, penjaring dua gol pada pentas final Piala Dunia 1998 itu bakal kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya, Fabien Barthez yang dilantik sebagai jurulatih penjaga gol.

Pengumuman yang dinanti-nantikan itu disahkan secara rasmi oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF).

Selain Barthez, Zidane barisan kejurulatihannya turut dibarisi individu yang paling dipercayai dan setia bersamanya sepanjang karier profesional.

David Bettoni hadir sebagai penolong pengurus selepas pernah bekerja rapat dengan Zidane ketika tempoh kendalian yang cukup berjaya bersama Real Madrid.

Hamidou Msaidie turut menyertai barisan kejurulatihan sebagai penolong jurulatih bagi memperkukuhkan pasukan taktikal.

Sementara itu, Stephane Plancque dilantik secara rasmi sebagai pencari bakat dan pemerhati taktikal.

Gregory Dupont pula akan berkhidmat sebagai penasihat utama strategi dan prestasi pasukan. Melengkapkan barisan staf teknikal ialah penolong jurulatih merangkap penganalisis video data, Farid Tabet, serta penolong penganalisis video, Clement Ybert.

Sumber