Kadang-kala di dalam kehidupan seharian, kita mungkin akan berdepan situasi di mana terpadam fail penting secara tidak sengaja di dalam Google Drive.

Lebih serius lagi apabila ada yang memilih padam secara kekal iaitu delete forever di mana sudah tidak boleh ditemui semula di dalam bin akaun Google anda.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →
google drive
Sumber Gambar: The Vocket

Yang pernah mengalaminya, pasti tahu betapa kusutnya kepala apabila fail-fail penting untuk urusan kerja menjadi taruhan pula.

Seorang pengguna X bernama @magmalaya mendedahkan bahawa fail yang terpadam sepenuhnya ini boleh sahaja didapatkan semula walaupun tidak ditemui di dalam bakul sampah perisian berkenaan.

Hanya dengan beberapa langkah, anda boleh mendapatkan semula fail penting yang terpadam itu. Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan dalam cara mendapatkan semula fail penting yang terpadam itu.

Cara recover fail penting yang terpadam dalam Google Drive

1. Buka Drive di komputer riba.

2. Tekan ikon ? di bahagian atas kanan

3. Klik pada “Send Feedback” atau “Report an issue”

4. Hantarkan laporan mengenai masalah fail penting yang terpadam itu.

Menurut Mag lagi, jika cara ini tidak menjadi atau dapat respon yang perlahan, boleh gunakan alternatif lain yang lebih pantas dengan menghantar emel kepada ke Google Support menerusi alamat support-in@ google.com (sambung semua, tiada ruang kosong).

Dia berkongsi templat mesej dalam menyelesaikan isu tersebut dengan pasukan sokongan Google. Anda boleh menyalin semula contoh teks templat di dalam bahasa Inggeris yang dikongsikan dan menambah nama dan alamat emel peribadi.

Dear Google Support Team,

I hope this email finds you well. I am following up on my previous request regarding the recovery of my deleted Google Drive files. Unfortunately, I accidentally deleted some important files, and they no longer appear in my Trash, which leads me to believe they have been permanently deleted.

I initially reached out around last week, but I have not yet received a response. I would appreciate any updates on the status of my request, as these files are crucial to me.

If any further details are required to assist in the recovery process, please let me know, and I will be happy to provide them. Thank you for your time and assistance. I look forward to your response.

Best regards,

*nama korang*

*email korang*

Dia mendedahkan dalam masa 30 minit sahaja, pasukan sokongan Google akan membalas hantaran emel anda. Kemudian, anda hanya perlu log masuk ke akaun Gmail selepas itu buka tab Drive dan tekan refresh.

Lalu, anda bakal melihat semua fail yang terpadam secara kekal itu sudah kembali semula dan boleh diakses seperti biasa.

Mag berkongsi lagi yang dia berjaya mendapatkan semula fail seperti Docs dan Sheet. Terdapat kebarangkalian anda boleh cuba mendapatkan semula emel lama yang sudah dipadam dengan cara sebegini.