Penjaga gol berpengalaman, David De Gea seperti dilaporkan masih belum mempunyai kelab selepas berehat selama semusim walaupun sedang berusaha mencari pasukan baharu.
Penyebab utama yang membuatkan beliau masih lagi tidak mempunyai pasukan adalah kerana permintaan gaji terlalu tinggi.
Baca Juga:
- Permintaan Gaji ‘Tak Masuk Akal’ Gagalkan Usaha De Gea Ke Genoa
- David De Gea Tolak Tawaran Mewah Al-Nassr Kerana Sayangkan Isteri
- Harry Maguire: Saya Sebahagian Daripada Masa Depan Man Utd
Keadaan tersebut sekali gus telah menggagalkan usaha kelab Serie A, Genoa untuk merekrut penjaga gol berusia 33 tahun itu.
Menurut sumber laporan Team Talk, David De Gea meminta gaji kira-kira £80,000 dan £96,000 seminggu. Ini bermakna beliau menginginkan £4.2 juta hingga £5 juta untuk setahun.
Walaupun jumlah tersebut kurang daripada nilai £375,000 yang diterimanya ketika bersama Manchester United, ia tetap masih tinggi buat pasukan-pasukan lain.
De Gea sebelum ini mempunyai reputasi yang hebat sepanjang menyarung jersi Manchester United sehingga pernah dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia.
Namun, walaupun memenangi sarung tangan emas pada musim terakhirnya di United, beliau memilih untuk meninggalkan pasukan pada musim panas lalu, dengan Red Devils menandatangani Andre Onana.
Beliau pernah mengecapi nikmat selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 20212/13, Piala FA 2015/16, dua kejuaraan Piala Carabao (2016/17 dan 2022/23) serta Liga Europa 2016/17.
Selain Genoa, sebuah lagi kelab Serie A iaitu Fiorentina turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat De Gea tetapi pertimbangan gaji menjadi masalah.
Melihatkan kepada kesediaan kelab Saudi Pro League untuk mengeluarkan dana besar, berkemungkinan Arab Saudi bakal menjadi destinasi baharu buat beliau.