Saingan Terbuka Malaysia 2025 akan menjadi kejohanan pembuka tirai siri World Tour bagi kalendar pertandingan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).

Kejohanan berstatus Super 1000 itu akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 hingga 12 Januari nanti yang menampilkan barisan pemain terbaik dunia.

Baca Juga:

Selain itu, kejohanan sulung pada tahun baharu itu turut menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai yang cukup lumayan.

Seperti kebiasaan, wang tunai tidak hanya diberikan kepada para pemenang tetapi semua pemain yang menyertai kejohanan Terbuka Malaysia 2025 akan mendapat ‘saguhati’.

Tewas di pusingan pertama

Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) akan menerima $1,450 (kira-kira RM6,495.46) bagi semua acara dipertandingkan.

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $4,350 (RM19,483.97).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $4,712.50 (RM21,110.98).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $7,975.00 (RM35,725.31) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $9,062.50 (RM40,594.90).

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $20,300 (RM90,922.84).

Naib Juara

Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $49,300 (RM220,817.71).

Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $50,750 (RM227,346.40).

Juara

Habuan yang cukup lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $101,500 (RM454,661.02) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $107,300 (RM480,613.03).