Terbuka Malaysia bakal menjadi pembuka tirai kejohanan sulung bagi kalendar pertandingan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) untuk tahun 2025.
Dengan status selaku kejohanan Super 1000, ia pasti menarik penyertaan bintang-bintang ternama dunia serta menjanjikan hadiah lumayan dan mata ranking yang tinggi.
Kejohanan yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu akan bermula 7 hingga 12 Januari nanti.
Seperti yang dilaporkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi, tiket bagi kesemua enam hari pertandingan itu sudah mula dijual.
Dapat disaksikan harga berbeza bagi enam kelas tempat duduk iaitu Platinum A, Platinum B, Premium, Premium A, Premium B dan Upper.
Platinum A sudah pasti menjadi pilihan buat para peminat yang mahu menyaksikan pemain-pemain kegemaran dengan lebih dekat serta berpeluang untuk mendapatkan tandatangan dan berswafoto bersama.
Lebih tepat lagi para pemain yang akan beraksi di gelanggang 1 dan 2 akan berjalan di hadapan Platinum A.
Bagi yang membeli tiket tempat duduk platinum B pula, anda akan betul-betul berada bersebelahan dengan gelanggang 2.
Pemandangan di tempat duduk Premium lebih menarik walaupun tidaklah terlalu dekat dengan gelanggang, tetapi mudah untuk anda menyaksikan permainan di ketiga-tiga gelanggang dalam satu masa.
Premium A di atas Platinum B manakala Premium B pula di kawasan sudut bersebelahan Premium atau lebih tepat lagi pemandangan utama mereka adalah di gelanggang 3.
Bahagian Upper merupakan tiket paling murah apabila anda akan berada di tingkat paling atas.
Berikut merupakan harga tiket mengikut pengkhususan kelas tempat duduk bagi Terbuka Malaysia 2025:
Platinum A
7 Januari – RM 150 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 180
8 Januari – RM 150 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RMĀ 180
9 Januari – RM 330 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 360
10 Januari – RM 420 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 450
11 Januari – RM 510 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 540
12 Januari – RM 600 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 630
Season Pass – RM 2,000
Platinum B
7 Januari – RM 120 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 150
8 Januari – RM 120 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 150
9 Januari – RM 300 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 330
10 Januari – RM 390 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 420
11 Januari – RM 480(Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 510
12 Januari – RM 570 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 600
Season Pass – RM 1,820
Premium (306, 307 & 308)
7 Januari – RM 100 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 135
8 Januari – RM 100 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 135
9 Januari – RM 145 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 180
10 Januari – RM 280 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 315
11 Januari – RM 415 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 450
12 Januari – RM 505 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 540
Season Pass – RM1,450
Premium A
7 Januari – RM 67 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 77
8 Januari – RM 67 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 77
9 Januari – RM 85 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 95
10 Januari – RM134 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 144
11 Januari – RM 260 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 270
12 Januari – RM 305 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 315
Season Pass – RM 780
Premium B
7 Januari – RM 45 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 59
8 Januari – RM 45 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 59
9 Januari – RM 63 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 77
10 Januari – RM 112 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 126
11 Januari – RM 238 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 252
12 Januari – RM 283 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 297
Season Pass – RM720
Upper
7 Januari – RM 32 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 45
8 Januari – RM 32 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 45
9 Januari – RM 41 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 54
10 Januari – RM 54 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 67
11 Januari – RM 68 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 81
12 Januari – RM 77 (Early Bird) – Pembelian selepas 23 Disember – RM 90
Season Pass – RM282
Kesemua tiket bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 ini boleh dibeli di link ini.