Legenda bola sepak Australia, Mark Viduka ketika zaman kegemilangannya terkenal dengan penyudah klinikal dimiliki berbekalkan fizikal sasa dalam usaha beliau merobek gawang lawan.
Bermula dengan menyarung jersi Melbourne Knights, Croatia Zagreb dan Celtic, Viduka kemudiannya memilih untuk menyertai Leeds United pada musim 2000/01.
Baca Juga:
- Hijrah Ke Lyon Jadikan Juninho Pernambucano Antara Pakar Sepakan Percuma
- Frederic Kanoute: Legenda Bola Sepak Yang Terkenal Dengan Sifat Pemurah
- John Terry: Cuci Jersi, Kasut Bola Pemain Senior Pembelajaran Hebat Awal Karier
Musim pertama yang menyaksikan Leeds United melangkah hingga ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Empat musim bersama kelab tersebut, beliau telah meledakkan 72 gol dalam 166 penampilannya dalam semua pertandingan disertai Leeds United.
Selain Leeds United, Viduka turut pernah menyarung jersi Middlesbrough selama tiga musim yang ketika itu masih beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Newcastle United menjadi pasukan terakhir diwakili oleh Mark Viduka dimana beliau mengambil keputusan untuk bersama pada 2009 (pada usia 34 tahun) ekoran masalah kecederaan yang menyebabkan penurunan prestasi beliau.
Kini selepas 15 tahun meninggalkan pentas bola sepak profesional, Viduka sudah menikmati karier baharu yang cukup berbeza.
Viduka kini tinggal di negara asal kelahiran bapanya, Croatia dan mengendalikan perniagaan kedai kopi bersama isterinya, Ivana. Malah, beliau sendiri bertindak selaku barista.
Kehidupan yang mungkin tidak tertekan berbanding sewaktu beliau beraksi di atas padang.
Menurut sumber laporan The Mirror, selain daripada menyediakan kopi yang sedap buat pembeli, Viduka juga meluangkan masa terluang dengan bermain gitar.
“Selain itu saya bermain gitar. Anak saya, Oliver, adalah pemain dram dalam sebuah band. Apabila salah seorang rakannya tidak dapat melakukannya, saya akan menggantinya.”
“Kami menggunakan ruang bawah tanah rumah kami. Jiran-jiran tidak begitu gembira mengenainya.”