Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat peledak berbisa Newcastle United, Alexander Isak yang beraksi cukup cemerlang pada musim lalu.
Pemain kelahiran Sweden itu mencetak 25 jaringan dimana 21 daripadanya terhasil dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Baca Juga:
- Ini Jumlah Diterima Chelsea Hasil Jualan Dua Pemain Muda
- Gelombang Kehadiran ‘Ubi’ Brazil Ke Chelsea Cetusan Idea Bekas Pemain Import Perak
- Chelsea Semakin Hampir Bawa Masuk Enzo Maresca
Prestasi cemerlang itu menyaksikan Chelsea mahu membawa Isak ke Stamford Bridge dengan tanda harga melebihi £115 juta sekali gus bakal menjadi pembelian termahal dalam kempen EPL.
Chelsea sebelum ini membelanjakan jumlah tersebut dalam mendapatkan pemain tengah, Moses Caicedo dari Brighton pada jendela perpindahan musim panas lalu.
Perkembangan terkini mengenai minat ditunjukkan Chelsea terhadap penyerang berusia 24 tahun itu disahkan oleh sumber laporan Goal.
Sejak mula beraksi dalam EPL pada 2022, Isak tidak menunggu lama untuk membuktikan kemampuan hebatnya dalam merobek gawang lawan.
Pada musim pertamanya walaupun seringkali dibelenggu kecederaan hingga terpaksa diketepikan 11 perlawanan, Alexander Isak masih mampu mencipta 10 jaringan dalam kempen liga serta
Chelsea yang bakal beraksi dalam saingan UEFA Conference League dilihat cukup bernafsu untuk menambah kekuatan pasukan.
Skuad kendalian Enzo Maresca itu sebelum ini mengesahkan kehadiran pemain pertahanan, Tosin Adarabioyo dan Estevao Willian (hanya akan menyertai pasukan pada Julai 2025).
Selepas gagal mendapatkan Micheal Olise yang akan ke Bayern Munich, Chelsea mengalihkan tumpuan kepada Nico Williams dan semakin hampir untuk mengumumkan duo pemain muda, Marc Guiu dan Omari Kellyman.