Dalam kemeriahan saingan Euro 2024, kelab di Eropah seperti Chelsea tidak kurang sibuknya dalam usaha membawa masuk serta menjual pemain mereka.
Selepas merekrut Tosin Adarabioyo secara percuma dan Estevao Willian (menyertai pasukan pada Julai 2025), The Blues kini cuba mengintai peluang untuk mendatangkan pertahanan muda Boca Juniors, Aaron Anselmino dan Omari Kellyman dari Aston Villa.

Baca Juga:
- Gelombang Kehadiran ‘Ubi’ Brazil Ke Chelsea Cetusan Idea Bekas Pemain Import Perak
- Lihat Reaksi Peminat Chelsea Bila Kena Tunafoto Dengan Lampard
- Analisis: Midfield Rotation Dan Overloading Segera Cara Chelsea Ikat Man City
Dalam cubaan untuk membawa pemain baharu itu, Chelsea juga tidak ketinggalan untuk mengukuhkan kewangan kelab dengan mendapatkan sejumlah wang yang besar hasil penjualan dua pemain muda mereka.
Pemain yang dimaksudkan ialah Lewis Hall dan Ian Maatsen dimana kedua-dua mereka pada musim 2023/24 telah dipinjamkan.
Hall bersama Newcastle manakala Maatsen pula cemerlang ketika menyarung jersi kelab saingan Bundesliga, Borussia Dortmund hingga beraksi di pentas final Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Klausa pinjaman Hall ke Newcastle turut disertakan dengan syarat kewajipan untuk pembelian secara tetap pada musim berikutnya dengan nilai keseluruhan £35 juta.
Sementara itu meskipun masih belum diumumkan secara rasmi, sumber laporan Goal mendedahkan bahawa Maatsen sudah mencapai persetujuan untuk membawanya ke Aston Villa selama enam tahun dengan nilai £37.5 juta.
Perpindahan Lewis Hall dan Ian Maatsen ini menyerlahkan lagi keupayaan Chelsea untuk membangunkan bakat muda dan mengembangkan potensi mereka melalui pelan jualan strategik.
Dana hampir £73 juta ini amat penting untuk Chelsea kerana mereka ingin membina semula dan mengukuhkan skuad mereka di bawah pengurusan baharu Enzo Maresca.
Kelab ini pastinya menyasarkan untuk bersaing di peringkat tertinggi di dalam negara dan di Eropah, dan rangsangan kewangan daripada jualan ini akan membantu dalam mencapai cita-cita tersebut.