Jersi Indonesia sekali lagi menjadi bualan peminat bola sepak nusantara selepas pasukan itu melancarkan jersi Away terbaru yang akan dipakai oleh pemain dalam aksi peringkat antarabangsa.
Erspo selaku pengeluar jersi telah memperkenalkan jersi terbaru dimana mereka menggunakan warna putih dan hitam sebagai warna dominan ditambah dengan corak unik seperti Garuda di jersi tersebut.

Baca Juga:
- Ini Dua Rekaan Jersi Malaysia Yang Jauh Lebih Cantik
- ‘Indonesia Hanya Menang Pada Jersi, Malaysia Jauh Lebih Baik’
- Pendapat Dion Cools Mengenai Jersi Baharu Malaysia
Jersey baru, semangat baru! Bersama, kita siap menuju kemenangan 🇮🇩 pic.twitter.com/wtSMmwdl2i
— ERSPO (@erspoofficial) February 3, 2025
Keunikan Jersi Indonesia Berbanding Jersi Malaysia
Salah seorang pengguna laman X kemudian memberitahu keunikan dan keistimewaan yang ada pada jersi keluaran edisi kali ini dimana pihak pengeluar mengajak penyokong untuk membuat rekaan jersi tersebut.
“Erspo tidak membuat jersi ini seorang diri dimana mereka melibatkan penyokong dalam proses pembuatan dengan cara mengadakan proses undian.
“Mereka nampak trauma dengan cacian yang dilaungkan oleh penyokong mengenai jersi sebelum ini. Tetapi melihat penyokong Indonesia seperti itu mereka benar-benar belajar tentang bagaimana membuat jersi yang melambangkan Indonesia,” tulisnya.
Berbeza dengan Malaysia, Puma selaku pengeluar hanya menggunakan template dari tahun 2023 untuk rekaan jersi baru bagi skuad Harimau Malaya dan perkara ini terus mendapat kritikan dari peminat.
Jersi Indonesia Cantik, Tapi Malaysia Jauh Lebih Baik
Meskipun memiliki jersi yang cantik, akan tetapi sesetengah rakyat negara seberang merasakan Malaysia jauh lebih baik sebagai sebuah negara, baik dari segi infrastruktur dan juga ekonomi.

Antara yang dicemburui oleh rakyat negara seberang ialah kemajuan yang ditunjukkan oleh Malaysia baik dari segi ekonomi, fasiliti, kemudahan untuk masyarakat, kualiti pendidikan, keperluan harian yang cukup dan juga peluang pekerjaan.
Baru-baru ini, seorang netizen Indonesia meluahkan pendapatnya yang mahu berpindah ke Malaysia kerana lebih banyak peluang pekerjaan secara khususnya.
“Saya patut pindah ke Malaysia ke, sepertinya kos hidup yang lebih kurang sama seperti di Jakarta tetapi lebih banyak peluang di sana”, kongsinya.
Selain mempunyai peluang pekerjaan yang lebih meluas, mereka merasakan kualiti kehidupan di sini jauh lebih bagus dari negara asal.
Selain itu, mereka juga merasakan penawaran gaji di sini lebih kompetitif sekaligus mampu menampung kos sara hidup sambil menambung jika kalau nak dibandingkan dengan gaji di negara asalnya.