Tular klip rakaman konvoi sekumpulan Lamborghini yang memotong barisan di garisan berkembar sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa masuk ke lorong kecemasan untuk elak berlakunya pelanggaran dengan kereta-kereta mewah terbabit.

Selain mendapat kecaman netizen, rakaman video dashcam itu turut mendapat perhatian DYAM Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu komen yang dikongsikan TMJ, baginda menyamakan konvoi tersebut sebagai ‘tong kosong’ yang sering membuat bunyi bising.

Sumber Gambar: IG @vocketcarclub

TMJ juga menyatakan kumpulan konvoi terbabit mungkin perlu diajar bagaimana untuk menghormati orang ramai (pengguna jalan raya lain).

Memetik Berita Harian,  polis sudah mengambil keterangan lima pemandu Lamborghini yang terbabit dalam konvoi yang membahayakan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Senai Desaru di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata kesemua pemandu lelaki (tempatan) berusia 44 hingga 64 tahun itu diambil keterangan, selepas polis mengesan kenderaan mereka di kawasan sekitar Desaru pada jam 11.40 pagi semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.