Satu video menunjukkan sekumpulan tetamu datang beraya memakai baju raya berwarna ‘Brick Orange’ mencuri tumpuan pengguna TikTok.
Bukan sahaja memakai baju warna sedondon, mereka juga memakai pelbagai jenis topeng.
Baca Juga:
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Antara topeng-topeng yang digunakan seperti kepala gorila, kuda, ikan, Momo dan individu berjanggut lebat.
@mirzabaa Satu family die sapu🤣 #fypシ #fyp #aidilfitri
Ramai tertanya-tanya mengapa mereka memakai sedemikian. Ada yang berasa kurang senang kerana dianggap ‘mempermainkan’ kemuliaan hari raya.
Ini kerana ada netizen menyatakan ia seolah-olah menyamai perayaan Halloween.
Bagi segelintir netizen, mereka merasakan tetamu itu sangat unik dan sporting kerana memakai topeng-topeng seperti itu.
Netizen geli hati melihat gelagat mereka kerana ‘bergurau’ menceriakan orang lain di hari raya.