Emmanuel Petit menasihati bintang muda Arsenal, Myles Lewis-Skelly agar lebih merendah diri sewaktu berada di dalam padang.
Nasihat itu diberikan Petit selepas melihat pemain berusia 18 tahun itu melakukan provokasi dengan meniru keraian jaringan penyerang Manchester City, Erling Haaland.
Baca Juga:
- Myles Lewis Skelly False Fullback Arsenal Ketika Membelasah Man City
- Arsenal Lebih Bagus Daripada Manchester City Sejak 2 Tahun Ini, Dakwa Peminat Gunners
- Arteta Tidak Gembira Pemain Arsenal Ejek Haaland
Lewis-Skelly melakukan keraian yang dianggap sebagai mengejek Haaland selepas menjaringkan gol ketiga dalam membantu Arsenal menundukkan juara bertahan English Premier League (EPL) itu pada 3 Februari lalu dengan keputusan 5-1.
Keraian yang dianggap sebagai mengejek dari kaca mata Petit itu pastinya sebagai tindak balas daripada insiden melibatkan Haaland pada aksi pertama di Etihad Stadium, September tahun lalu.
Malah, Mikel Arteta juga mengakui bahawa beliau kurang senang dengan tindakan provokasi dilakukan anak buahnya itu.
Nasihat Petit buat Lewis-Skelly
Sehubungan dengan itu, Petit tanpa berselindung memberikan nasihat agar Lewis-Skelly lebih matang dalam menangani perkara ini.
“Myles Lewis-Skelly perlu menunjukkan kematangan yang lebih dan nasihat utama saya adalah untuk terus merendah diri,” ujar Petit menurut sumber laporan Goal.
“Tetaplah merendah diri, buktikannya di atas padang. Saya kagum dengan persembahannya setakat ini tetapi ejekan terhadap Erling Haaland dan Manchester City [tidak boleh diterima].”
“”Ia adalah karma, anda perlu fokus untuk memenangi setiap perlawanan dan kini ia satu lagi kad merah [ketika bertemu West Ham United].”
“Berapa banyak kad merah bodoh yang Arsenal miliki musim ini dan walaupun sejak Mikel Arteta tiba? Arsenal tewas kepada West Ham dan pemain harus dipersalahkan bersama Arteta.”
“Arsenal tidak dapat menunjukkan kualiti mereka apabila ia merupakan detik penting dan walaupun secara matematik mereka boleh melakukannya, mereka tidak mempunyai watak dan personaliti itu,” tambah Petit lagi.