Usahawan dan pencipta kandungan Khairul Aming muncul pemenang utama dalam Anugerah TikTok MY 2023 malam tadi. Khairul memenangi anugerah Creator of The Year dalam kategori People Choice yang ditentukan melalui pengundian awam.

Anak kelahiran Kelantan berusia 30 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya kerana menyokongnya selama ini dalam penghasilan video masakan sehingga lahirnya produk Sambal Nyet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian umum adalah selepas diumumkan menjadi pemenang. Khairul Aming sempat menyampaikan nasihat kepada anak-anak muda sekarang yang bercita-cita untuk menjadi pencipta kandungan.

“Adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran walaupun awak nak jadi ‘content creator’. Jadi ‘content creator’ bukan sekadar viral. Untuk relevan lama dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan.

“Critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense. Jadi habiskan pembelajaran, dan jadilah pelapis ‘content creator’ yang bagus, yang boleh majukan negara kita, Malaysia,” katanya.

Nasihat yang disampaikan oleh Khairul Aming ini mendapat pujian warga sosial media. Terutamanya ibu bapa yang merasakan bahawa nasihat ini ‘on point’ disebabkan sebahagian anak muda kini berpendirian bahawa tanpa pendidikan mereka juga boleh berjaya dengan menjadi pencipta kandungan.

Untuk rekod, TikTok Awards 2023 diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Jalan Duta semalam. Ia diadakan bagi meraikan dan memberi pengiktirafan kepada penyedia kandungan Malaysia.