Demam bola hampir sampai ke penghujungnya! Bagi peminat tegar bola sepak, tiada apa yang lebih menyeronokkan daripada menyaksikan perlawanan sengit bersama rakan-rakan sambil menikmati minuman kegemaran.

Sebab apa? Sebab setiap kejohanan bukan sekadar tentang keputusan di hujung permainan, tapi tentang momen dan memori yang kita kongsi bersama.

Untuk anda yang nak merasai sendiri kehangatan dan kemeriahan ini, Starbucks Malaysia kini membawakan kempen Cup of Passion menerusi acara Starbucks @ Sorak Piala Dunia!

Di sini, anda berpeluang lepak, bersorak dan enjoy ‘vibes’ bola sepak yang cukup bertenaga!

Pelbagai aktiviti interaktif dan hadiah eksklusif menanti anda!

Kaki Bola Sila Berkumpul! Ini 'Port' Paling Vibe Untuk Anda Sorak Piala Dunia!

Kalau datang ke sini, memang tidak sah kalau sekadar singgah sekejap. Pelbagai aktiviti menarik yang dah disediakan khas untuk pengunjung.

Anda boleh mencuba pelbagai permainan interaktif yang mencabar dan menyeronokkan. Sambil-sambil main game tu, anda juga berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah eksklusif daripada Starbucks!

Hadiah eksklusif yang ditawarkan adalah terhad dan tertakluk selagi stok masih ada, jadi siapa cepat, dia dapat!

Recharge tenaga anda dengan Starbucks Protein Beverages

Lepas dah penat bersorak, melompat dan pusing satu acara, mesti tekak rasa haus dan tenaga pun dah makin kurang kan?

Jangan risau, anda boleh terus singgah ke booth Starbucks untuk recharge semula tenaga dengan Starbucks Protein Beverages. Pilihan minuman yang cukup menyegarkan ini memang sangat sesuai dinikmati dalam suasana yang penuh semangat macam ni.

Sama ada anda Team Coffee atau Team Matcha, Starbucks ada pilihan menu kegemaran untuk semua orang. Memang layan habis pekena minuman kegemaran sambil borak-borak dengan geng!

Ayuh serbu booth Starbucks @ Sorak Piala Dunia!

Kaki Bola Sila Berkumpul! Ini 'Port' Paling Vibe Untuk Anda Sorak Piala Dunia!

Dah sedia nak cipta memori indah sepanjang musim kejohanan ni? Tunggu apa lagi, ajak geng korang, keluarga, atau yang tersayang untuk serbu booth Starbucks Malaysia sekarang juga!

Acara Starbucks @ Sorak Piala Dunia bakal berlangsung di KL Festival Park, Jalan Hang Tuah pada 14 Julai 2026 – 20 Julai 2026 bermula 6.00 Petang – 6.00 Pagi.

What’s in Your Cup of Passion? See You at Starbucks!