Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, dan berbeza pada tahun ini kerana kita tidak menyambut bulan Ramadan seperti biasa. Jika dahulu kita dapat ke masjid untuk mengerjakan Terawih dan juga dapat ke bazar Ramadan tetapi tidak pada tahun ini.

Bagaimana anda boleh kekal segar dan bertenaga sepanjang bulan Ramadan? Apa kata kami kongsikan satu rahsia untuk anda kekal bertenaga dan kenyang sepanjang hari ketika berpuasa. Tidaklah anda lesu untuk tunaikan ibadah dan kerja anda.

2020_Dutch Lady Ramadan KV_Vertical

Sempurna hari anda jika nikmati susu Dutch Lady Kurma pada waktu sahur dan nikmati susu Dutch Lady Ros Bandung pada waktu berbuka. Mana tidaknya, kurma yang dianggap makanan Sunnah kaya dengan antioksidan dan mengandungi sumber zat besi dan serat yang baik.

Manakala susu Dutch Lady Ros Bandung akan mengamit memori anda membeli minuman sirap bandung di bazar Ramadan dan pastinya alternatif lebih sihat serta rasanya semestinya sedap.

WhatsApp Image 2020-04-29 at 3.01.05 PM

Bukan sahaja diperkaya dengan Vitamin D yang boleh membantu membina sistem pertahanan badan yang baik tetapi minuman susu Dutch Lady Edisi Ramadan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara keluarga anda dan boleh dinikmati seisi keluarga.

Saat ini, kita mungkin berjauhan daripada keluarga kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 dan pastinya anda rindu akan senyum tawa keluarga anda.

Oleh itu, Dutch Lady ingin tampilkan sedikit kelainan dengan perkenalkan siri #DLVirtualRamadan yang akan disiarkan secara langsung di Instagram dalam usaha untuk menyatukan orang ramai ketika bulan Ramadan yang bermakna ini walau ramai yang berasa ‘terputus’ berikutan penjarakkan sosial.

Dutch Lady berharap dapat mendorong anda dan keluarga mengeratkan hubungan ketika menikmati produk susu Dutch Lady Kurma dan Ros Bandung ketika Sahur dan Iftar. Bersama-sama meriahkan sesi livestream secara virtual #DLVirtualRamadan yang akan dianjurkan oleh Dutch Lady ini dimana anda dapat menyaksikan selebriti kegemaran anda berkongsi tip persediaan Ramadan mereka.

Difahamkan sesi tersebut bermula dengan penampilan Syatila Melvin pada 25 April 2020 yang lalu dan diikuti dengan penampilan Eina Azman pada 9 Mei 2020 jam 4 Petang.

Untuk anda yang menyaksikan ‘live’ Syatila Melvin di Instagram miliknya, anda pastinya dapat melihat beliau menyediakan resipi sahur iaitu ‘overnights oat’ sebagai persiapan Ramadan untuk anda cuba sendiri di rumah.

#DLVirtualRamadan_Eina Azman

Bagi memanfaatkan situasi menjalani bulan Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Eina Azman juga akan ‘live’ di Instagram miliknya pada 9 Mei 2020 ini dan berkongsi resipi menyegarkan untuk berbuka puasa. Ingin tahu resipi apa akan dikongsikan? Kenalah saksikan sendiri live tersebut.

Bukan sahaja anda akan dapat berinteraksi bersama selebriti kesayangan anda, mendapat resipi dan tip, anda juga berpeluang untuk memenangi kit eksklusif Ramadan Dutch Lady dengan hanya jawab soalan yang mudah.

#DLVirtualRamadan_Hadiah

Walaupun kita masih tidak dapat berkumpul bersama tersayang ketika ini, dengan kemudahan yang disediakan akan membuatkan hubungan tetap rapat. Jangan lupa temujanji kita untuk sertai #DLVirtualRamadan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai sesi tersebut, anda boleh ikuti Instagram Dutch Lady atau Facebok Dutch Lady Malaysia. Jangan lupa untuk nikmati minuman susu Dutch Lady Kurma dan Ros Bandung agar hari anda sempurna dan anda kini boleh dapatkan minuman edisi Ramadan ini di pasaraya, kedai dan juga secara dalam talian.

Sementara itu, buat anda yang tidak tahu ingin masak apa pada bulan Ramadan, boleh ikuti resipi menarik pada pautan di bawah ini.

Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

IKEA Dedah Resipi Rahsia ‘Swedish Meatballs’ Lazat Yang Pasti Buat Anda Teruja

Ketahui Resipi ‘Rare’ Dan Sedap Sambal Asam Rong