Peningkatan positif semakin dipamerkan barisan pemain negara dalam kemaskini terbaharu ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) sebentar tadi.

Paling mencuri tumpuan pastinya kejayaan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang melonjak empat anak tangga untuk berada di kedudukan ketujuh dalam beregu lelaki.

Baca Juga:

Kedudukan yang menjadikannya sebagai pencapaian terbaik buat dua anak Melaka tersebut dimana pada mereka muncul juara Indonesia Masters pada hujung bulan Januari lalu.

Lama tidak beraksi memperlihatkan gandingan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri jatuh tiga anak tangga hingga menyebabkan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong mengambil alih kedudukan beregu kelima negara milik mereka.

Selain itu, gandingan beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin juga kini berada di kedudukan terbaik dalam karier dengan menduduki ranking dunia ke-13.

Pearly Tan-M. Thinaah kembali berada di ranking kelima dunia bagi beregu wanita selepas naik satu anak tangga.

Manakala dalam perseorangan lelaki, Leong Jun Hao berjaya naik dua anak tangga untuk menghuni ranking ke-24.

Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (10 terbaik):

Perseorangan Lelaki

1) Lee Zii Jia – 7

2) Leong Jun Hao – 24 (+2)

3) Justin Hoh – 50

4) Cheam June Wei – 57 (-4)

5) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 59 (+2)

6) Tan Jia Jie – 86 (+3)

7) Kok Jing Hong – 94 (+5)

8) Ong Zhen Yi – 98 (+6)

9) Eogene Ewe – 104 (+7)

10) Samuel Lee – 155 (+3)

Perseorangan Wanita

1) Goh Jin Wei – 47

2) K. Letshanaa – 55 (-1)

3) S. Kisona – 71 (+3)

4) Wong Ling Ching – 93

5) Loh Zhi Wei – 139 (+1)

6) Siti Zulaikha – 149 (+3)

7) Joanne Ng – 169 (+3)

8) Siti Nurshuhaini – 202 (+2)

9) Eng Ler Qi – 219 (-1)

10) Ong Xin Yee – 247 (+2)

Beregu Lelaki

1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 2

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 5

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 7 (+4)

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 17 (+1)

5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 23 (+3)

6) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 27 (-3)

7) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 31 (-1)

8) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 41

9) Lau Yi Sheng-Lee Yi Bo – 54

10) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 55 (+1)

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 5 (+1)

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 30 (+8)

3) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 73 (-4)

4) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 78 (+8)

5) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 92 (+3)

6) Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien – 117 (+5)

7) Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi – 120 (+6)

8) Cheng Su Hui-Lee Xin Jie – 135 (+5)

9) Go Pei Kee-Low Yeen Yuan – 194 (+4)

10) Felicia Fong Xin Hui-Flora Fong Xin Jie – 195 (+4)

Beregu Campuran

1) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 3

2) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 4

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 13 (+1)

4) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 16 (+1)

5) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 32 (+1)

6) Yap Roy King-Valeree Siow – 56 (+1)

7) Loo Bing Kun-Ho Lo Ee – 75 (+2)

8) Choong Hon Jian-Go Pei Kee – 99 (+1)

9) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 109 (+2)

10) Wee Yee Hern-Vannee Gobi – 116 (+5)