Kejayaan muncul juara Terbuka Thailand 2025 membolehkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik melonjak dua anak tangga untuk berada di kedudukan ketiga dalam ranking dunia bagi minggu ke-21 yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).

Kedudukan terbaharu itu menyaksikan Malaysia kini mempunyai dua wakil dalam kedudukan tiga beregu lelaki teratas ranking dunia apabila Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kekal ditangga kedua.

Baca Juga:

Peningkatan terbesar dalam kelompok 10 pasangan beregu negara dijelmakan oleh Kang Khai Xing-Aaron Tai yang naik 10 atas tangga (ranking ke-58) sekali gus melonjak daripada tangga ke-11 negara ke kedudukan kesembilan.

Namun dua pasangan yang berada kedudukan ketiga dan keempat bagi kem Malaysia iaitu Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Wan Arif Junaidi-Yap Roy King pula masing-masing jatuh satu anak tangga.

Kedudukan Pearly Tan-M. Thinaah yang turut muncul juara di Bangkok minggu lalu masih kekal di kedudukan keempat dunia manakala Go Pei Kee-Teoh Mei Xing naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-24.

Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (10 terbaik):

Ranking Dunia BWF Minggu Ke-21, 20 Mei 2025

Perseorangan Lelaki

1) Lee Zii Jia – 11 (-1)

2) Leong Jun Hao – 25 (-1)

3) Justin Hoh – 45

4) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 48

5) Cheam June Wei – 57 (+1)

6) Kok Jing Hong – 77 (+1)

7) Tan Jia Jie – 83 (-1)

8) Ong Zhen Yi – 101 (+1)

9) Eogene Ewe – 103 (+10)

10) Samuel Lee – 151 (+1)

Perseorangan Wanita

1) Goh Jin Wei – 44

2) K. Letshanaa – 52 (-4)

3) S. Kisona – 89 (-1)

4) Wong Ling Ching – 100

5) Siti Zulaikha – 125 (+4)

6) Loh Zhi Wei – 132 (+2)

7) Ler Qi Eng – 197 (+2)

8) Joanne Ng – 188 (+15)

9) Oo Shan Zi – 203 (+17)

9) Siti Nurshuhaini – 218

Beregu Lelaki

1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 2

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 3 (+2)

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 8 (-1)

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 22 (-1)

5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 26 (+1)

6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 32 (-1)

7) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 39 (+2)

8) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 41 (-4)

9) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 58 (+10)

10) Lau Yi Sheng-Lee Yi Bo – 63 (+1)

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 4

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 24 (+1)

3) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 53

4) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 96 (+1)

5) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 97 (+1)

6) Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien – 116 (-1)

7) Cheng Su Hui-Lee Xin Jie – 131

8) Ng Qi Yuan-Yap Rui Chen – 185 (-4)

9) Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi – 220 (-18)

10) Chan Wen Tse-Chong Jie Yu – 217

Beregu Campuran

1) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 3

2) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 5

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 14

4) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 15 (+1)

5) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 35

6) Yap Roy King-Valeree Siow – 62 (-6)

7) Loo Bing Kun-Ho Lo Ee – 87 (-4)

8) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 101 (+8)

9) Wee Yee Hern-Vannee Gobi – 117 (-2)

10) Choong Hon Jian-Go Pei Kee – 127 (-27)