Tidak lama lagi, hari raya bakal menjelma dan pasti ada daripada anda sudah mula membuat kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti.

Apa kata anda buat cornflakes telur masin pedas, bukan sahaja mudah untuk dibuat tetapi akan membuat anda ketagih ketika memakannya. Jom ikuti perkongsian daripada pengguna TikTok @mardiana_jaafar ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mardiana_jaafar

Salted Egg Cornflakes bersama @hexafood ☺️. #reelsclasswithdhuna #hexasaltedegg #saltedeggcornflakes #hexafood

♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Bahan-bahan yang diperlukan:

Mentega, daun kari, cili, serbuk telur masin dan cornflakes.

Langkah-langkah membuat cornflakes telur masin pedas:

1. Masukkan 125gm mentega dalam kuali dan kacaukan ia sehingga cair.
2. Kemudian, masukkan 5 tangkai daun kari untuk menaikkan aroma.
3. Selepas itu, masukkan 3 tangkai cili padi merah untuk rasa pedas.
4. Masukkan serbuk telur masin dalam separuh pek dan kacaukan kesemua bahan tadi.
5. Masukkan pula 1 mangkuk besar cornflakes dan kacau sehingga sebati dengan bahan tadi.
6. Terakhir sekali, bakar menggunakan air fryer dengan suhu 180 celcius selama 5 minit atau suhu 150 celcius selama 5 minit jika bakar menggunakan oven. Siap!

Mudah sahaja, bukan? Sebenarnya selain boleh dihidangkan kepada tetamu, anda juga boleh jadikan ia sebagai kudapan ketika moreh atau menonton TV di rumah.