Rakyat Malaysia yang mempunyai berbilang kaum boleh hidup dengan harmoni sehingga ke hari ini. Namun, pada saban hari semakin banyak sentimen yang dimainkan oleh pihak tertentu untuk memecahbelahkan perpaduan yang dikecapi selama ini.

Paling ketara sekali kita boleh melihat sentimen Islam yang dimainkan seperti isu kumandang azan yang didakwa telah mengganggu penduduk setempat yang berbilang kaum dan agama.

Seorang pencipta kandungan yang dikenali sebagai It’s Andrew telah berkongsi video sketsa bagaimana reaksi seorang yang bukan beragama Islam apabila mendengar laungan azan di kawasan berdekatan menerusi pelbagai media sosial.

Di dalam klip video pendek itu, Andrew kelihatan sedang melayari sesuatu di perantinya. Namun sebaik mendengar laungan azan, dia secara automatik akan turut serta mengikuti untuk ungkapan seterusnya.

Di kapsyen video, Andrew dengan berseloroh mengatakan yang dia selalu berbuat sedemikian apabila mendengar azan.

@andrew_oppa

Tak perasan I always join in unconsciously 😅

♬ original sound – andrew_oppa – andrew_oppa

Video yang dikongsikan itu telah meraih perhatian ramai dan menariknya menerima pelbagai komen yang positif terutamanya yang bukan menganut agama Islam.

Rata-rata komentar dari non-muslim turut berkongsi mempunyai habit yang sama mungkin kerana sudah terbiasa membesar dengan suasana sebegini.

Sumber Gambar: FB

Malah, ada yang bersyukur kerana dengan laungan azan berkenaan boleh menjadi penggera untuk banggun pagi sebaik Subuh dan tidak pernah merasa jemu sekali pun dah mendengar berpuluh tahun lamanya.

Sumber Gambar: FB

Bahkan, sebahagian non-muslim juga sudah menghafal cara melaungkan azan dan surah-surah pendek kerana selalu mendengarnya. Tidak sekadar itu, ada yang berkongsi siap rakan non-muslim pula memaksa kawan lain yang beragama islam untuk bergegas solat selepas mendengar azan.

Sejumlah komentar positif itu bukan sahaja meruntun hati ramai orang bahkan telah mengubah persepsi bahawa penerimaan non-muslim terhadap laungan azan dan berkaitan Islam bukanlah seperti yang dicanang pihak tertentu sebelum ini.