Boleh dikatakan setiap keluarga di Malaysia pasti akan memakai pakaian dengan warna yang seragam ketika keluar. Menariknya, dengan pemilihan warna tema tertentu menjadikan sesebuah keluarga tampak lebih unik daripada orang lain.

Namun fenomena ini dianggap sangat unik buat pelancong yang datang ke Malaysia.

Baru-baru ini, seorang pelancong dari Morocco telah mengesan perkara tersebut ketika berada di tempat pelancongan Penang Hill.

Dia merakam video yang memperlihatkan beberapa buah keluarga dari kalangan bangsa Melayu yang berpakaian dengan warna yang seragam lalu mempersoalkan kepada penonton sebab disebalik idea tersebut.

Menerusi video tersebut, kelihatan pelbagai keluarga yang mengenakan pakaian tradisional dengan warna seperti biru, ungu dan burgundy.

Selain timbul sifat ingin tahu yang membuak-buak, dia juga melabelkan fenomena ini sebagai sesuatu yang comel dan mendakwa hanya berlaku di sini.

@itsyassin98

they so cute!!! #malaysia #penang #georgetown #malaysiatiktok #malay #fyp #viral #fyp xyzbcafyp≥ #merdeka #merdekabelajar

♬ original sound – Abul Hasan

Susulan itu, orang ramai menghujani ruangan komen di video tersebut dalam menjawab persoalan yang dilontarkan.

Rata-ratanya berkongsi yang pemilihan pakaian dengan warna seragam ini sudah menjadi satu tradisi diamalkan oleh keluarga di sini dan selalunya dipilih oleh ibu.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Ramai merasakan ia sebagai satu simbol kebanggaan bagi sesebuah keluarga untuk memiliki warna tersendiri apabila berada di luar sana. Ada yang berseloroh mengatakan lebih senang untuk dicari jika salah seorang ahli keluarga tiba-tiba terlepas dari pandangan.

Malah, jika bergambar juga kelihatan lebih estetik dan harmoni kerana warna yang sedondon. Selain itu, ada yang bersetuju pemakaian dengan warna sedondon ini biasanya ketika mahu ke acara tertentu dan juga menyambut perayaan penting.

Setakat ini, video ini telah meraih hampir 500,000 jumlah tontonan dengan 40.5K tanda suka dan dihujani dengan sejumlah komen dari warga tempatan.