Argentina dilaporkan telah mengemukakan permohonan khas kepada FIFA untuk memakai jersi kedua berwarna biru ketika menentang England dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2026. Keputusan mengenai permohonan itu dijangka diumumkan sehari sebelum perlawanan berlangsung.
Permintaan tersebut bukan dibuat secara kebetulan. Menurut wartawan Argentina, GastΓ³n Edul, ia mempunyai nilai simbolik dan sejarah yang cukup besar buat skuad La Albiceleste.
Jersi biru mengingatkan penyokong Argentina kepada suku akhir Piala Dunia 1986 di Mexico, apabila Diego Maradona memakai jersi tersebut ketika menewaskan England 2-1. Perlawanan itu menjadi antara yang paling ikonik dalam sejarah bola sepak selepas Maradona menjaringkan dua gol yang dikenang sehingga hari ini β “Hand of God” dan “Goal of the Century”.
π¨ π‘ππͺ: Argentina officially REQUESTED to play with their away shirt vs. England.
They played wearing their away shirt in the 1986 World Cup, when Argentina beat England.
β @gastonedul pic.twitter.com/v1MKSzWL57
— The Touchline | π (@TouchlineX) July 13, 2026
Sejak itu, jersi biru sering dikaitkan dengan kemenangan bersejarah Argentina ke atas England. Atas sebab itulah, ramai penyokong percaya pemakaiannya kali ini mampu membangkitkan semangat serta membawa tuah menjelang satu lagi pertembungan penuh emosi antara dua negara yang memiliki sejarah panjang di pentas Piala Dunia.
Sepanjang kempen Piala Dunia 2026, Argentina hanya memakai jersi biru sekali, iaitu ketika menewaskan Jordan 3-1 di peringkat kumpulan. Kini mereka berharap FIFA memberikan lampu hijau untuk menggunakannya sekali lagi dalam aksi separuh akhir yang dinanti-nantikan seluruh dunia.