Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes mengakui tidak pernah menyesal menolak tawaran lumayan kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal.

Tiada langsung keinginan untuk meninggalkan The Red Devils menjadi sebab utama buat Fernandes yang dengan pantas melupakan tawaran skuad kendalian Simone Inzaghi itu.

Baca Juga:

Prinsip itu masih utuh dalam jiwanya walaupun Manchester United hanya menamatkan musim 2024/25 di kedudukan ke-15 dan tewas pada aksi final Europa League di tangan Tottenham Hotspur.

Bruno Fernandes
Soccer Football – Premier League – Everton v Manchester United – Goodison Park, Liverpool, Britain – February 22, 2025 Manchester United’s Bruno Fernandes celebrates scoring their first goal with Joshua Zirkzee Action Images via Reuters/Ed Sykes

Setia Itu Lebih Mahal Buat Bruno Fernandes

“Saya tahu angka (yuran perpindahan) adalah perkara paling penting dalam bola sepak,” ujar Bruno Fernandes menurut sumber laporan Goal.

“Jelas sekali ia adalah angka besar yang kelab boleh dapat untuk saya. Jadi saya tahu betapa sukarnya untuk kelab.”

“Ketika saya bercakap dengan Presiden Al-Hilal, saya bercakap dengannya sekali sahaja dan saya memberitahu, ‘Saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kelab, saya menghargai panggilan anda.”

”Apa sahaja yang anda mahu lakukan atau tidak, anda boleh berbincang dengan kelab.”

Manchester United
Sumber Gambar: Reuters

“Kerana saya sentiasa berkata jika kelab mahu menjual saya, maka ya, saya perlu membuat keputusan. Tetapi jika kelab tidak mahu, saya tidak perlu membuat keputusan kerana matlamat saya adalah untuk kekal di sini.”

“Ia adalah banyak wang (gaji) untuk saya juga, tetapi begitulah keadaannya. Setiap orang membuat keputusan dalam hidup mereka.”

“Saya tidak akan menyesal kerana inilah tempat yang saya mahu berada dan inilah tempat di mana saya mahu berjaya juga,” tambah beliau lagi.

Seperti dilaporkan pada 28 Mei lalu, kelab yang berpangkalan di Riyadh itu bersedia untuk meningkatkan empat kali ganda gaji Fernandes sebanyak £280,000 seminggu kepada £700,000 tanpa cukai.

Ini sebagai sebahagian daripada pakej bernilai sehingga £200 juta dalam tempoh tiga tahun termasuk bonus.

Sumber