Semalam merupakan detik bersejarah apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech.
Malah, secara rasmi program vaksinasi telah bermula di negara kita dengan memberikan keutamaan kepada petugas barisan hadapan. Malah, program vaksinasi ini turut disambut baik oleh rakyat Malaysia.
Akan tetapi, menjengah ke ruangan komen, golongan antivaksin tidak percaya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan vaksin tersebut. Malah, ada juga yang mendakwa bahawa ia hanya sekadar hiasan walaupun proses vaksinasi tersebut dijalankan secara ‘live’ di kaca TV.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mempersoalkan kenapa pada jarum tersebut pada mulanya berwarna biru kemudian bertukar warna oren.
Isu berkaitan jarum yang berlainan warna itu dijelaskan oleh Dr Fakhrul Fardzi di Twitter dimana jarum berwarna biru digunakan untuk menyedut ke dalam picagari dan jarum berwarna oren tersebut digunakan untuk menyuntik.
Sedut pakai jarum biru, adalah prosedur biasa. Kadang kita pakai jarum hijau. Tak kisah pakai jarum apa pon, jarum yang kita sedut ini akan dibuang.
Ulang suara, JARUM INI AKAN DIBUANG.
— Fahkrul Radzi (@DrRadzi) February 24, 2021
Malah, jarum tersebut akan dibuang dan bukannya diguna semula. Jarum yang digunakan turut memiliki saiz yang berbeza dimana untuk menyedut perlukan saiz yang besar manakala untuk menyuntik perlu menggunakan jarum yang halus.
Apakah pendapat anda akan isu yang dibangkitkan oleh golongan antivaksin ini? Sudahkah anda bersedia untuk menerima vaksin COVID-19 ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan vaksinasi pada pautan di bawah ini.
Muhyiddin Disuntik Vaksin COVID-19, Lancar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Hari Ini
Berikut Adalah Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksin COVID-19 Dengan Kemas Kini Terkini MySejahtera