Dua pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Feroz Baharudin dan Muhammad Syahmi Safari kembali dipanggil untuk menjalani latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi aksi terakhir dalam Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam.
Senarai pemain tersebut disahkan laman Facebook Malaysia NT dalam satu pengumuman rasmi dikeluarkan sebentar tadi.
Selepas berehat lebih setahun akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami pada penghujung September 2024, Syahmi sudah mula mencuri perhatian Xisco Munoz dalam memberikannya peluang untuk beraksi.
Peluang tersebut digunakan sebaik mungkin dengan aksi bertenaga ditampilkan Syahmi hingga membolehkannya kembali dapat bersama skuad kebangsaan.
Feroz juga sebelum ini terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan ACL dialaminya pada awal Januari 2025.
Selain Syahmi dan Feroz, enam lagi pemain JDT turut tersenarai seperti Ahmad Syihan Hazmi, La’Vere Corbin-Ong, Matthew Davies, Junior Eldstal, Nazmi Faiz Mansor dan Stuart Wilkin.
Buat masa ini masih belum ada nama dua pemain yang dikatakan semakin hampir untuk bergelar pemain naturalisasi iaitu Bergson da Silva dan Giancarlo Gallifuoco.
Skuad negara akan menghadapi Vietnam di Stadium Thien Truong, Nam Dinh pada 31 Mac 2026 untuk menutup tirai pusingan kelayakan dimana slot ke pusingan akhir bagi kumpulan F sudah pasti diisi Vietnam susulan hukuman diterima skuad negara.
Berikut merupakan senarai penuh pemain yang dipanggil menyertai sesi latihan pusat kali ini:
Senarai Pemain Negara Latihan Pusat Skuad Kebangsaan
Penjaga Gol
1) Ahmad Syihan Hazmi
2) Azri Ghani
3) Haziq Nadzli
4) Haziq Aiman Mohd Esa (Program Pembangunan Penjaga Gol)
Pertahanan
5) La’Vere Corbin-Ong
6) Daniel Ting
7) Declan Lambert
8) Dion Cools
9) Dominic Tan
10) Feroz Baharudin
11) Harith Haiqal Adam Afkar
12) Junior Eldstal
13) Matthew Davies
14) Syahmi Safari
15) Quentin Cheng
16) Ubaidullah Shamsul Fazili
17) Ahmad Zikri Khalili
Tengah
18) Endrick Dos Santos
19) Nazmi Faiz Mansor
20) Nooa Laine
21) Ryan Lambert
22) Sergio Aguero
23) Stuart Wilkin
Penyerang
24) Faisal Halim
25) Luqman Hakim Shamsudin
26) Paulo Josue
27) Ramadhan Saifullah Usman
28) Safawi Rasid