Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi telah mengumumkan senarai awal nama 29 orang calon yang layak bertanding untuk pemilihan pada Kongres FAM Ke-61 bagi mengisi 17 kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025-2029.

Pemilihan dalam mencari pucuk pimpinan baharu badan induk bola sepak tanah air itu akan berlangsung pada 15 Februari 2025.

Berikut merupakan senarai penuh calon yang layak bertanding dalam Kongres FAM Ke-61 itu nanti:

Calon Presiden

Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub

Calon Timbalan Presiden

1) Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi

2) Dato’ Sivasundram A/L Sithamparam Pillai

Calon Naib Presiden (4 Kerusi)

1) Datuk Seri Hj. Rosmadi Ismail

2) Saaran A/L Nadarajah

3) Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin

4) Datuk Dollah Salleh

5) Syed Yazid Syed Omar

Calon Ahli Jawatankuasa (8 Kerusi)

1) Datuk Hj. Mohd Hisamuddin Yahaya

2) Tang Chee Hong

3) Mohd Azizudin Mohd Shariff

4) YB Hishamuddin Abdul Karim

5) Dato’ Zainal Abidin Hassan

6) Hj. Zulkifli Che Harun

7) Datuk Hj. Kamarudin Hj. Hassan

8) ACP (B) Md Dali Wahid

9) Dato’ Adly Shah Ahmad Tah

10) Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri

11) Dato’ Hj Azhar Jamaluddin

12) Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya

13) Dato’ Dollah Salleh

14) Christopher Raj Aralanthu

15) Datuk Dr. Sugumaran A/L Parthasarathy

16) Dato’ Sri Hj. Afandi Hamzah

17) Dato’ Hj. Mustapha Nagoor

18) Zamri Ibrahim

Calon Ahli Jawatankuasa Wanita (2 Kerusi)

1) Dato’ Suraya Yaacob

2) Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah

3) Datuk Dr. Fadilah Sarbi

4) Mimi Afzan Afza

5) Nur Izwani Azman

Terdahulu, kesemua 18 ahli gabungan FAM (tidak termasuk Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung keahlian) telah diberi masa selama 24 hari iaitu dari 24 Disember 2024 hingga 16 Januari 2025 untuk mengemukakan senarai nama calon masing-masing bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco).

Selepas tempoh akhir yang diberikan iaitu pada jam 5.30 petang semalam (Khamis, 16 Januari 2025), terdapat satu ahli gabungan yang tidak menghantar borang pencalonan manakala satu ahli gabungan yang menghantar borang pencalonan tetapi tidak sempurna.

Oleh itu, hanya pencalonan daripada 16 ahli gabungan yang sah diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan FAM.

Selepas proses pengiraan, jumlah keseluruhan calon yang diterima ialah seramai 39 orang tetapi hanya 29 orang calon yang akan diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan memandangkan baki 10 orang calon lain itu tidak mendapat jumlah pencalonan minimum seperti yang termaktub dalam Artikel 31, Perenggan 6, Statut FAM.

Bagi menandingi jawatan Presiden, seseorang calon itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam pencalonan dari ahli-ahli gabungan FAM manakala bagi jawatan Timbalan Presiden memerlukan lima pencalonan, jawatan Naib Presiden memerlukan empat pencalonan manakala jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) memerlukan dua pencalonan.

Calon-calon yang layak untuk bertanding ini akan diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan untuk mereka membalas semula borang berkenaan selewat-lewatnya pada Khamis, 23 Januari 2025 dengan menyatakan persetujuan untuk bertanding jawatan yang dicalonkan atau sebaliknya iaitu tidak bersetuju.

Pada masa yang sama, Jawatankuasa Pemilihan FAM juga akan menghantar nama mereka untuk proses saringan integriti membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta semakan status kebankrapan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).

Seterusnya, Jawatankuasa Pemilihan FAM akan mengumumkan senarai akhir iaitu senarai rasmi nama calon yang layak bertanding pada pemilihan kali ini, pada/selepas Khamis, 23 Januari 2025 atau selewat-lewatnya pada Sabtu, 8 Februari 2025 (tujuh hari sebelum kongres berlangsung). Senarai ini juga akan dihantar kepada 18 ahli gabungan untuk makluman mereka.