Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menganggap skuad yang dimilikinya ketika ini mungkin yang paling teruk dalam sejarah kelab.

United kembali mengalami kekalahan dimana mereka tunduk kepada Brighton & Hove Albion dengan keputusan 3-1 sekaligus kekal berada di bottom 10 dalam carta liga.

Baca Juga:

Kekalahan ini merupakan kali keempat dalam lima perlawanan yang dihadapi di laman sendiri dan United hanya mengutip 11 mata dari 11 perlawanan sejak berada di bawah bimbingan Amorim.

“Dalam 10 perlawanan terakhir dalam Liga Perdana, kami hanya menang dua perlawanan. Bayangkan ini yang kami tunjukkan untuk peminat Manchester United. Bayangkan sukarnya keputusan ini untuk saya.

“Kami mendapat jurulatih baharu yang kehilangan lebih banyak mata daripada jurulatih sebelumnya. Saya mempunyai pengetahuan penuh tentang itu.
“Kami mungkin pasukan yang paling teruk dalam sejarah Manchester United. Saya tahu anda [media] mahukan tajuk utama tetapi saya katakan itu kerana kami perlu mengakuinya dan untuk mengubahnya,” kata Ruben Amorim.

Menurut laporan BBC, Amorim sedikit keterlaluan apabila dia memanggil pasukannya “mungkin yang paling teruk” dalam sejarah kelab. Pada peringkat ini, hanya 13 pasukan United mempunyai pungutan mata yang lebih rendah dalam sejarah kelab – kali terakhir pada 1986-87.

Berikut ialah beberapa statistik lain yang menunjukkan betapa teruknya prestasi mereka musim ini:

  1. Ini adalah kekalahan keenam United di tempat sendiri dalam EPL musim ini, kekalahan terbesar mereka daripada 12 perlawanan pembukaan di tempat sendiri dalam satu musim liga sejak 1893-94.
  2. Mereka telah dibolosi gol pertama dalam setiap lima perlawanan terakhir EPL di Old Trafford – United juga melakukannya lima kali berturut-turut dari Ogos hingga Oktober 2023.
  3. United telah tewas 10 daripada 22 perlawanan Liga Perdana musim ini.

Sebelum ini, Amorim berpendapat skuad kendaliannya berisiko untuk jatuh ke EFL Champiosnhip sekiranya mereka tidak meningkatkan prestasi.

“Saya rasa Manchester United [jatuh ke EFL Championship] adalah kemungkinan dan kita perlu jelas dengan penyokong kita.”

“Kita perlu mengubah sesuatu tetapi musim ini akan menjadi sangat sukar bagi semua orang. Ia boleh menjadikan kita lebih kuat dan kita perlu berjuang.”

“Ia sangat sukar. Ini adalah salah satu detik terburuk dalam sejarah kelab kami dan kita perlu menerimanya. Satu lagi kekalahan di hadapan penyokong kami sendiri,” katanya.