Pada pagi tadi, Samsung baru sahaja melancarkan siri Galaxy S24 Series. Sama macam tahun sebelumnya, tiga model diperkenalkan merangkumi Galaxy S24, Galaxy S24+ dan juga Galaxy S24 Ultra yang menjadi model paling berkuasa.

Seperti yang diperkatakan juga, Samsung pada tahun ini lebih menekankan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pengenalan Galaxy AI dalam barisan siri Galaxy S24 Series.

Baca Juga:

Perlu diketahui terdapat perbezaan penggunaan cip pada model asas dan paling berkuasa. Mari kita lihat serba sedikit spesifikasi siri Galaxy S24 pada kali ini.

Samsung Galaxy S24

Samsung galaxy s24
Sumber Gambar: Samsung

Samsung Galaxy S24 dilengkapi skrin 6.2″ Dynamic AMOLED 2X FHD+ dari jenis LTPO yang menyokong refresh rate 120Hz serta keterangan skrin mencecah 2600 nits yang lebih tinggi. Bahagian bezel pada skrin juga tampil lebih nipis.

Model asas ini hadir dengan konfigurasi cip Exynos 2400 yang dipadankan bersama memori 8GB RAM dan juga piliha storan sehingga 512GB. Model ini turut dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 4,000mAh bersama sokongan pengecasan berwayar 45W dan 15W untuk wireless.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP, dan telefoto 10MP. Sementara itu di hadapan pula sensor 12MP digunakan untuk swafoto. Tiada perubahan dilakukan pada konfigurasi kamera berbanding tahun lalu.

Namun pelbagai ciri menarik yang disertakan pada siri Galaxy S24 termasuk ProVisual Engine, Nightography, Super HDR, Edit Suggestion, Generative Edit dan sebagainya.

Samsung galaxy s24
Sumber Gambar: Samsung

Dengan bantuan AI, pengguna boleh menggunakan ciri Edit Suggestion untuk mendapatkan cadangan suntingan paling sesuai untuk setiap foto.

Sementara ciri Generative Edit pula berkebolehan mengisi bahagian latar imej dengan janaan AI. Sebagai contoh, jika objek perlu digerakkan sedikit untuk berada dalam kedudukan yang diingini, maka AI membolehkan pengguna melaraskan kedudukan subjek dan mengisi semula latar belakang.

Sumber Gambar: Samsung

Bercakap mengenai video pula, Samsung menyediakan ciri Instant Slow-mo baharu yang boleh menjana bingkai tambahan berdasarkan pergerakan. Dalam pada itu, ciri Nightography juga sudah dipertingkatkan bagi memberi hasil yang lebih mantap.

Untuk mode Galaxy S24, anda boleh mendapatkan warna seperti Sapphire Blue, Jade Green dan Sandstone Orange.

Samsung Galaxy S24+

Sumber Gambar: Samsung

Samsung Galaxy S24+ dilengkapi skrin 6.7″ Dynamic AMOLED 2X QHD+ dari jenis LTPO yang menyokong kadar segar semula 120Hz.Untuk makluman, skrin adalah sama bagi ketiga-tiga model kali ini.

Untuk spesifikasi dalaman, Galaxy S24+ dijana dengan Exynos 2400 bersama memori sebesar 12GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 512 UFS 4.0 dan bateri 4900 mAh.

Model ini juga berkongsi konfigurasi kamera yang sama iaitu lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP, dan telefoto 10MP. Sementara itu di hadapan pula sensor 12MP digunakan untuk swafoto.

Antara perkara lain yang terdapat pada peranti ini adalah sokongan rangkaian 5G, sambungan Wi-Fi 6E, penarafan IP68 serta menjalankan One UI 6.1.

Model Galaxy S24+ bakal ditawarkan dengan warna seperti Onyx Black, Marble Gray, Cobalt Violet dan Amber Yellow.

Samsung Galaxy S24 Ultra

Samsung galaxy s24
Sumber Gambar: Samsung

Samsung Galaxy S24 Ultra kini tampil dengan skrin 6.8″ Dynamic AMOLED 2X QHD+ dari jenis LTPO yang menyokong refresh rate 120Hz serta kecerahan nits sehingga 2,600. Apa yang menarik adalah penggunaan binaan bingkai titanium yang bakal memberikan ketahanan yang lebih baik.

Sebagai model paling berkuasa dalam siri ini, Galaxy S24 Ultra hadir dengan janaan cip Snapdragon 8 Gen dengan teknologi 4nm lalu digandingkan pula bersama konfigurasi memori 12GB RAM dan storan sehingga 1TB. Model ini turut hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 5,000mAh.

Sumber Gambar: Samsung

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP, ultra sudut lebar 12MP, telefoto 5X 50MP dan telefoto 3x 10MP. Hanya lensa ultra sudut lebar tidak dilengkapi sistem OIS. Sementara itu di hadapan pula sensor 12MP digunakan untuk swafoto. Perubahan tahun ini ialah sensor 50MP menggantikan sensor 10MP.

Antara ciri lain yang ada pada Galaxy S24 Ultra adalah sokongan Wi-Fi 7, rangkaian 5G, Bluetooth 5.0, penarafan IP68 dan menjalankan juga One UI 6.1 berasaskan Android 14. Galaxy S24 Ultra juga merupakan satu-satunya model yang mempunyai sokongan pen stylus.

Model ini bakal ditawarkan dengan warna Titanium Black, Titanium Gray, Titanium Violet dan Titanium Yellow.

Pada kali ini juga, Samsung mendedahkan bahawa kesemua peranti siri Samsung Galaxy S24 akan diberikan sokongan kemas kini tujuh versi Android dan tujuh tahun tampalan sekuriti yang setanding dengan penawaran peranti Google Pixel.

Harga

Sumber Gambar: Samsung

Untuk pasaran Malaysia, berikut merupakan harga tersedia bagi setiap model:-

Galaxy S24

8GB + 256GB – RM4,099

8GB + 256GB – RM4,599

Galaxy S24+

12GB + 256GB – RM4,899

12GB + 512GB – RM5,399

Galaxy S24 Ultra

12GB + 256GB – RM6,299

12GB + 512GB – RM6,799

12GB + 1TB – RM7,799

Anda yang berminat bolehlah membuat pratempahan menerusi laman rasmi Samsung Malaysia.