Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN Johor) 2026 bukan sekadar menyaksikan Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar, malah turut menghasilkan pelbagai angka dan statistik yang mencuri perhatian.
Daripada majoriti hampir 30,000 undi sehinggalah kemenangan yang ditentukan dengan hanya 170 undi, keputusan di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menawarkan pelbagai cerita menarik untuk diteliti.

Malah, keputusan kali ini turut menyaksikan beberapa rekod dan fakta yang mencerminkan corak sokongan pengundi di seluruh negeri tersebut.
Berikut merupakan antara statistik dan fakta menarik yang mewarnai keputusan PRN Johor 2026.
Pasca Keputusan PRN Johor 2026
1) Statistik Keseluruhan
BN menguasai 48 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan bersamaan 85.7 peratus daripada keseluruhan kerusi. Pakatan Harapan (PH) pula memenangi lapan kerusi atau 14.3 peratus.
2) Majoriti Terbesar
BN jelas mendominasi senarai kemenangan dengan majoriti terbesar pada PRN Johor 2026 apabila kesemua lima kerusi teratas dikuasai calon daripada gabungan tersebut.
Mereka yang dimaksudkan ialah:
1) Baharudin Mohamed Taib – N43 Permas – 29,505
2) Datuk Abdul Halim Suleiman – N40 Tiram – 28,255
3) Datuk Pandak Ahmad – N49 Kota Iskandar – 21,206
4) Mohd Hairi Mad Shah – N44 Larkin – 20,282
5) Dr Muhammad Naqib Ghazali – N34 Panti – 18,948
3) Majoriti Terkecil
PRN Johor 2026 turut menyaksikan beberapa kerusi ditentukan menerusi persaingan sengit apabila jurang undi antara calon menang dan pencabar terdekat amat kecil.
Lima kerusi berikut merekodkan majoriti kemenangan paling rendah dengan perbezaan tidak melebihi 2,000 undi:
1) Nazri Abd Rahman (PH) – N13 Simpang Jeram – 170
2) Kumaran A/L Rama Krishnan (BN) – N51 Bukit Batu – 174
3) Andrew Chen Kah Eng (PH) – N45 Stulang – 623
4) See Ann Giap (BN) – N02 Jementah – 913
5) Pannir Selvam Paliksina (BN) – N46 Perling – 1,611

4) Majoriti Lebih 10,000 Dimenangi BN
Daripada 48 kerusi yang dimenangi BN, sebanyak 25 kerusi menyaksikan gabungan itu menang dengan majoriti melebihi 10,000 undi di PRN Johor 2026.
Kerusi BN dengan majoriti lebih 10,000:
1) Baharudin Mohamed Taib – N43 Permas – 29,505
2) Datuk Abdul Halim Suleiman – N40 Tiram – 28,255
3) Datuk Pandak Ahmad – N49 Kota Iskandar – 21,206
4) Mohd Hairi Mad Shah – N44 Larkin – 20,282
5) Dr Muhammad Naqib Ghazali – N34 Panti – 18,948
6) Syed Hussien Syed Abdullah – N29 Mahkota – 16,645
7) Norlizan Noh – N37 Johor Lama – 16,344
8) Muszaide Makmor – N36 Sedili – 16,213
9) Zulkurnain Kamisan – N18 Sri Medan – 15,814
10) Fauziah Misri – N38 Penawar – 15,776
11) Datuk Mohd Sumali Reduan – N53 Benut – 15,701
12) Mohd Fared Mohd Khalid – N17 Semerah – 15,663
13) Aznan Tamin – N39 Tanjung Surat – 15,642
14) Datuk Onn Hafiz Ghazi – N26 Machap – 15,375
15) Mohd Youzaimi Yusof – N33 Tenggaroh – 15,258
16) Datuk Ramli Bohani – N47 Kempas – 14,953
17) Samsolbari Jamali – N20 Semarang – 14,679
18) Hasrunizah Hassan – N54 Pulai Sebatang – 13,590
19) Nor Rashidah Ramli – N22 Parit Raja – 13,576
20) Datuk Jafni Mohd Shukor – N50 Bukit Permai – 12,721
21) Datuk Seri Adham Baba – N35 Pasir Raja – 12,446
22) Tan Eng Meng – N55 Pekan Nanas – 12,281
23) Rugendran Vellayan – N31 Kahang – 12,013
24) Hj Md Israk Abdullah – N56 Kukup – 11,354
25) Ahmad Syarie Yusof – N07 Bukit Kepong – 10,761
5) Calon Mendapat Undi Terbanyak
Jumlah undi tinggi yang diraih beberapa calon turut berkait rapat dengan saiz kawasan pemilih yang besar. Lima calon yang mencatatkan jumlah undi tertinggi pada PRN Johor 2026 bertanding di kawasan yang mempunyai lebih 100,000 pengundi berdaftar.
Calon BN, Datuk Pandak Ahmad mencatatkan jumlah undi tertinggi apabila memperoleh 52,892 undi di N49 Kota Iskandar, sebuah kerusi yang mempunyai 132,579 pengundi berdaftar dengan kadar keluar mengundi sebanyak 68.27 peratus.
Diikuti calon BN, Baharudin Mohamed Taib yang meraih 51,274 undi di N43 Permas, yang merekodkan 113,963 pengundi berdaftar dengan 69.46 peratus keluar mengundi.
Sementara itu, calon BN, Datuk Abdul Halim Suleiman memperoleh 49,965 undi di N40 Tiram yang mempunyai 117,496 pengundi berdaftar, dengan kadar keluar mengundi sebanyak 70.75 peratus.
Bagi N41 Puteri Wangsa pula, calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik berjaya memperoleh 41,821 undi di kawasan yang mempunyai 128,723 pengundi berdaftar dengan kadar keluar mengundi sebanyak 67.08 peratus.
Manakala calon PH, Kartiyaini Jeyapalan mencatatkan 39,821 undi di N48 Skudai, sebuah kawasan yang mempunyai 106,805 pengundi berdaftar dengan 63.48 peratus keluar mengundi.

6) Majoriti Paling Besar Dalam Kalangan PH
Berbanding dominasi BN dalam senarai majoriti terbesar keseluruhan, PH pula merekodkan kemenangan dengan kelebihan undi paling besar di beberapa kerusi yang berjaya dimenangi gabungan tersebut pada PRN Johor 2026.
N48 Skudai menerusi Kartiyaini Jeyapalan muncul sebagai kerusi dengan majoriti kemenangan tertinggi dalam kalangan calon PH, jauh mengatasi dua kerusi lain dalam senarai berikut:
Tiga kerusi PH dengan majoriti kemenangan terbesar ialah:
1) Kartiyaini Jeyapalan – N48 Skudai – 15,280
2) Ng Yak Howe – N12 Bentayan – 6,112
3) Dr Maszlee Malik – N41 Puteri Wangsa – 5,744
7) Calon PH Dan Perikatan Nasional (PN) Dengan Undi Bawah 1,000
PRN Johor 2026 turut menyaksikan beberapa calon parti besar iaitu PH dan PN gagal melepasi angka 1,000 undi.
1) Amirul Huzni Onn (PH) – N36 Sedili – 693 undi
2) Mohd Sawaludin Salleh (PH) – N38 Penawar – 747 undi
3) Dr A. Arvind (PN – MIPP) – N03 Pemanis – 663 undi
4) D.S. Jeevakumar (PN) – N30 Paloh – 571 undi
5) M. Lina Manoh (PN – MIPP) – N50 Bukit Permai – 741 undi