Tular satu video di mana seorang lelaki telah menyerang individu lain ketika memancing di sungai yang menurutnya dibuat oleh ayahnya.

Lelaki telah menyerang pak cik tersebut kerana tidak berpuas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, pak cik yang sedang memancing itu sebenarnya telah menceroboh kawasan sungai mereka tanpa.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut mendakwa sungai tersebut telah dibuat oleh ayahnya.

Pak cik yang sedang memancing itu pula mempertahankan tindakannya memancing di tempat itu kerana menurutnya, sungai tersebut hak milik semua.

Seterusnya pak cik yang sedang memancing itu turut menyatakan dia tidak menuba atau meracun. Jadi dia kehairanan kenapa harus dia dimaki hamun.

Perbalahan antara mereka terus meleret tentang hal sempadan, isu kenegerian dan isu berkaitan izin ketua kampung sebelum memancing di kawasan tersebut.

Lelaki yang bengang itu turut menuduh pak cik yang sedang memancing itu sebagai bukan orang Johor tetapi orang Negeri Sembilan dan dia tak berhak memancing di kawasan tersebut.

Netizen ternyata geleng kepala melihat video tersebut. Kerana rata rata mereka pertama kali mendengar orang berebut tentang sungai.

@sultanmelaka78

#riezan7759 #FYP #memancing

♬ bunyi asal – RIEZAN – RIEZAN

Ada yang berkata: “Orang macam ni hati dia tak pernah tenang. Sungai dia rebutkan. Tak tahu lah benda lain. Hati makin sempit, sentiasa rasa tak kena.

“Benda yang remeh temeh pun jadi hal sampai nak bertumbuk bagai.

“Ini baru sungai. Macam manalah dia dengan adik beradik dia berubut harta peninggalan mak ayah dia nanti. Itu yg sungai pun dia cakap bapak dia punya.”

Sementara yang lain menyindir: “Sungai pun berebut. Harap tak ada la video orang gaduh rebut Laut China Selatan.”

Seterusnya, netizen lain bertanya sama lelaki itu ada geran sungai tersebut?

Tak kurang juga yang mengusik, mungkin lelaki itu tengah kumpau dan panas hati kena ‘bakar’ depan mata.