Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meletakkan syarat kepada mana-mana pemain kacukan yang berminat untuk beraksi bersama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Badan induk bola sepak negara itu melalui presidennya iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan pihaknya terbuka sekiranya ada pemain kacukan yang mahu beraksi bersama Malaysia.
Baca Juga:
- Kesebelasan Utama Indonesia Bakal Diisi 100 Peratus Pemain Kacukan
- Wakil FAM Sudah Mula Hubungi Pemain Kacukan Di Belanda
- Ramai Pemain Kacukan Tiada Kaitan Dengan Malaysia – Hamidin
“Salah seorang Exco kami iaitu Christopher Raj ada berhubung dengan pemain warisan tetapi belum ada perkembangan lanjut. Pemain yang mahu beraksi mestilah berkualiti.
“Yang pertama, kita kena pastikan pemain itu mestilah ada kaitan dengan Malaysia. Yang kedua, adakah dia berminat nak main dengan kita? Kalau dia tak minat, maka tak bolehlah,” kata presiden FAM itu.
FAM bersedia untuk mendapatkan lebih ramai pemain Naturalisasi (Makan Bola) pic.twitter.com/XFvdXKUByn
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) May 1, 2024
Desakan untuk mendapatkan khidmat pemain kacukan timbul selepas beberapa akaun di laman media sosial mendedahkan terdapat beberapa pemain yang beraksi di Eropah memiliki kaitan dengan Malaysia.
Antara pemain yang berpotensi untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya ialah Ferdy Druijf dimana pemain ini berketinggian 190 sentimeter dan mempunyai nilai pasaran sebesar €1 Juta atau sekitar RM5.3 Juta serta memiliki rekod jaringan memukau dengan 112 gol dalam 266 penampilan sepanjang kariernya menurut statistik Transfermarkt.
Beliau juga berpengalaman luas di pentas bola sepak antarabangsa kerana pernah beraksi bersama skuad Belanda B-20, B-18 dan B-17.
Selain itu, ada juga pemain seperti Fabian Troost yang berusia 17 tahun dan dilahirkan di Amsterdam, Belanda. Beliau dilaporkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi bapanya yang berasal dari Ipoh, Perak.
Jason Van Duiven turut dilahirkan di Belanda dan dikatakan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi neneknya. Pemain yang berusia 18 tahun ini adalah produk akademi PSV Eindhoven dan turut dipanggil menyarung jersi skuad Belanda B-19.
Robin Van Duiven merupakan adik kepada Jason beraksi bersama skuad PSV Eindhoven bawah 18 tahun (B-18). Selain penyerang, beliau juga mampu untuk beraksi sebagai perancang di bahagian tengah.
Menariknya, pemain ini dapat peluang buat penampilan sulung dalam saingan Eredivisie bersama skuad utama PSV Eindhoven pada September tahun lepas.