Marcus Rashford berdepan masa depan yang tidak menentu pada jendela perpindahan musim panas ini selepas kembali ke Manchester United sebaik tamat tempoh pinjamannya di La Liga.

Meskipun pengendali pasukan, Micheal Carrick dikatakan membuka pintu kepada kembalinya Rashford untuk menambah kekuatan The Red Devils, satu klausa khusus dalam kontraknya kini didedahkan dan berpotensi menentukan destinasi seterusnya dalam karier beliau.

Ini Taktik Man United Elak Rashford Sertai Liverpool Atau Man City Dengan Harga Murah
Kredit Foto: Richard Pelham / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP

Barcelona secara rasmi melepaskan peluang untuk mendapatkan Marcus Rashford secara kekal selepas memilih untuk tidak mengaktifkan klausa pembelian bernilai €30 juta dalam perjanjian pinjaman semusimnya sebelum tarikh akhir pada Isnin lalu.

Sebaliknya Barcelona memilih untuk membawa masuk pemain sayap Newcastle United, Anthony Gordon menerusi perpindahan bernilai £70 juta.

Sehubungan dengan itu, Rashford dijadualkan melapor diri semula bersama Manchester United bulan depan, namun masa depan jangka panjangnya di Old Trafford masih diselubungi ketidakpastian.

Walaupun usaha baharu daripada Barcelona tidak ditolak sepenuhnya dan minat daripada beberapa kelab Eropah masih berterusan, United dijangka mengambil pendirian tegas dengan hanya mempertimbangkan tawaran perpindahan secara kekal bagi pemain berusia 28 tahun itu dan bukannya satu lagi perpindahan secara pinjaman.

Klausa Unik Buat Marcus Rashford

Menurut sumber laporan Goal, Klausa pelepasan bernilai £40 juta ($54 juta) dalam pasaran perpindahan yang tidak menentu ketika ini dianggap sebagai satu tawaran yang cukup berbaloi.

Walaupun beberapa kelab Liga Perdana Inggeris berminat mendapatkan Rashford, Manchester United dilaporkan bijak menyusun butiran dalam kontraknya.

Barcelona
Kredit Foto: Josep LAGO / AFP

Pihak pengurusan Old Trafford telah memasukkan sejenis ‘cukai seteru’ (rival tax) dalam kontrak tersebut, yang secara khusus menghalang musuh tradisi mereka, Liverpool dan Manchester City, daripada mengaktifkan klausa pelepasan berharga rendah itu.

Langkah itu dilihat sebagai usaha United untuk mengelakkan situasi di mana mereka kehilangan salah seorang pemain tempatan paling berbakat kepada pencabar utama pada harga yang dianggap terlalu rendah dalam pasaran perpindahan semasa.

Sumber